Nukilan Jiwa

28.3.13


Himpunan Status Oct2012-Dis2012



Teh:
"Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.."
- Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kam

Teh:
Sahabat yang sebenar adalah sahabat yang kala kita melihat wajahnya, kita akan teringat akan Dia (Ya Allah).


Teh:
Allah sangat gembira menerima taubat seorang hamba melebihi kegembiraan orang yang mendapat kembali barang yang disayanginya.

Teh:
Tips menutup aurat. 

Sebelum keluar rumah cuba tanya diri sendiri
'Allah redha tak dengan apa yang aku pakai ni'

Selamat beramal :)


Teh:
Bertaubat dan beristighfar secara berterusan akan menghapuskan dosa yang dilakukan secara tidak disedari.


Teh:
Dekatkan dirimu dengan Allah. Nescaya kamu berbahagia.

Allahuakhbar.


Teh:
Being in the first class doesnt mean your are THAT smart and being in the last class doesnt mean you are THAT stupid.


Teh: 
Kalau dosa itu Allah nampakkan di atas timbangan dacing...yang mana lebih berat. Kiri dosa. Kanan pahala.


Teh:
Kita takkan selalu dapat apa yang kita nak.
Tapi, apa yang kita dapat itulah yang kita perlu.

Allah Maha Adil :)


Teh:
Sekiranya kita menghadapi musibah, jangan hadapinya sebagai seorang guru, jangan hadapinya sebagai seorang doktor tetapi usahakanlah menghadapinya sebagai seorang MUKMIN....InsyaAllah


Teh:
Halal haram bukan terletak pada makanan sahaja. Tapi pada tutur kata, tingkah laku, dsbgnya...

#Halal dan haram (ceramah ustaz kazim elias)


Teh:
Menjadi solehah bukan niat untuk meraih hati yang soleh. Tapi yang utama merebut redha Allah s.w.t


Teh:
"Dunia ialah tempat manusia berpenat untuk membuat pahala, Akhirat ialah tempat manusia berehat setelah masuk ke syurga"

Teh:
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.


Teh:
Allah limpah rezeki dan nikmat tanpa berkira, kenapa kita selalu berkira2 untuk Allah. :(

#dirisendiri&kalian


Teh:

'Apabila kamu keluar dari rumah kamu, rasakanlah orang disekeliling semuanya baik dan kamu je yang tak baik dan kamu adalah orang yang baik' Saidina Umar


Teh:
Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.


Teh:
"Jauhilah olehmu akan dengki, kerana sesungguhnya dengki dapat memakan kebaikan seperti api memakan kayu bakar." ~ hadis riwayat Abu Daud


Teh:
korang tak suka kerajaan bukan maslah aku,
korang nak pangkah mana pun bukan masalah aku
yang aku tak nak Islam bergaduh dengan Islam.

Allahuakhbar :)


Teh:
Kalau dah sayang
Ayat manis jangan dikarang
Kalau tiada apa yg menghalang
Sila masuj meminang 

Edit by: poksu ki


Teh:
Biar hilang sesuatu kerana Allah
JANGAN sesekali hilang Allah kerana sesuatu :)


Teh:
"Hidup ini adalah untuk Allah sayang pada kita. Redha pada kita"


Teh:
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya


Teh:
Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau TUTUP AURAT 
Anda pasti cantik sekali !


Teh:
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan :)


Teh:
Salam maal hijrah buat semua sahabat. 
Azam bukan atas kertas untuk tatapan 
tapi disertakan dengan tindakan yang berterusan. :)


Teh:
Saya tak nak EPAL,
tapi saya nak OREN,
Saya tak nak COUPLE,
tapi saya nak KAHWIN !
Muktamad....


tiada istilah perigi cari timba. istilah sepatutnya adalah si solehah mencari sang penjaga agamanya.

# 
SHauqi ALias


Teh:
kpd Muslim : 
bertafakur sambil berzikir nama Allah selama 12 minit setiap hari akan menambahkan daya ingatan anda - cubalah selepas solat.....


Teh:
Sebukit mana makanan yg kita makan, selaut mana minuman yang kita minum kalau bukan Allah yg mengenyang dan menghilangkan dahaga, kita takkan puas!


Teh:
Katakanlah: 
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
(Surah al-An'am 162)


Untuk menjadi baik perlulah memperbaiki solat, 
dan orang yang baik adalah orang yang melakukan solat 
tetapi paling penting untuk menjadi baik perlulah solat.

#Pahrol Mohd Juoi


Teh:
Nak tahu di mana kedudukan kite di sisi Allah? Cuba lihat di mana kedudukan Allah dalam diri kite dulu :)


Teh:
Setiap insan melakukan kesilapan, jgn menghukum kesilapan itu sepanjang hayat


Teh:
Cukup tak solat kalian 5waktu today? Cuba recheck. Kalau belum solat isya' then solat. Kalau missed beberapa waktu sila qadha ok :)


Teh:
Bila jiwa rasa kosong, jangan malu dekatkan diri kamu dengan Maha Pencipta krn Dia akan penuhkan jiwa kamu dengan rasa cinta kepadaNya.


Teh:
Pernah ditegur secara baik& penuh hikmah? Jgn melenting. Barangkali ia 'utusan' dan 'teguran' dari Yang Esa yg disampaikan melalui manusia.

*thanks bagi yg tegur :) salam zuhur


Prof Dr Muhaya:

Keyakinan pada Allah dan istiqamah memperbaiki diri ialah formula mendapat ketenangan dan kebahagiaan dunia akhirat, perhatikan aktiviti kita hari ini. Jom audit diri


Teh:
Saya post pasal agama dan dakwah bukan tujuan nak perli memerli. Sekadar PERINGATAN diri sendiri dan orang lain.

Hak TERASA Hak Awak,
Hak BERDAKWAH Hak Semua. :)

Teh:
Tiada yang terlihat lebih indah oleh dua orang yang menjalinkan cinta selain dengan perkahwinan. (HR Ibnu Majah, Hakim dari Ibnu Abbas)

Teh:
Orang luar sana ANGKAT senjata tegakkan agama Islam...
kita disini aman damai, ANGKAT takbir untuk tegakkan agama Islam! 

JOM solat Zuhur :)

Post jela apa-apa yang baik kat facebook ni. Akan ada yang baca jugak walaupun tak "like" status tu. Jangan letih nak post sesuatu yang baik..

"Usaha kita itu MALAIKAT catat. Allah pula yang menilai."

Jadikan medan facebook sebagai buku amalan catatan pahala kita, bukan catatan dosa !

*InsyaAllah :)

Teh:
Jika kita mengetahui tarikh kita akan mati, pasti kita akan lakukan semuanya bersungguh-sungguh, terutamanya beribadat. #renungan

Mati itu pasti tiba
Tidak boleh ditunda

Teh:
Wanita muslimah yang menutup aurat sempurna itu sangat cantik tanpa make-up walau wajah penuh dengan rembesan keringat!

Teh:
Allah Maha Mengetahui siapa pendampingku :)


ulang

bismillah

Ya Allah
sedang lain enak tidurnya
aku merenung dosa
mana hilang titk noktah untuk aku pahatkan
tiada henti ianya semakin berulang kali

Ya Allah
tiada telinga  mahu mendengar rentetan ini
ceritanya setia pada telingaMu
cerita ini depan penglihatanMu
mana mungkin  ianya dibalik tabir
meski itu tidak akan hilang dimataMu

Ya Allah
sedang leka
sedang alpa
masing lagi ianya berlaku

Ya Allah
selingkuh lagi aku
sasar jauh dari simpang lurus

Ya Allah
tiada keluhan yang berat dari sesalan

noktahkan dosa itu!

21.3.13


hati

hati aku.
Allah yang punya.
jika mahu aku serahkan
biarlah kerana Allah

hati aku ini.
adakalanya dilukai.
tapi atas kesalahan diri sendiri

hati ini
Allah pegang

takkan nak bagi hitam.


19.3.13


Hati kami

Allahurabbi

Allah.
Aku cintakan Kau
Aku cintakan Islam

Jadi

Teruskanlah hatiku pada jejaka yang menyintai Kau dan Islam

Allah.
jagakan hatiku

Kalau benar dia untukku, satukan hati kami. permudahkan urusan kami. tunjukkan jalan kami.
Kalau benar dia bukan untukku, damaikan hati kami. redha dan berserah

sesungguhnya jika aku merancang, perancanganku tidak sehebat Kamu.
Kamu sebaik-baik perancang Ya Allah.

Isthikarah.

13.3.13


Acap.

Acapkali kepercayaan aku letak tinggi di atas puncak.

Acapkali harapan aku tinggi menggunung

Acapkali aku terlalu emosi

dan semua ini akhirnya memakan diri sendiri
bila aku jatuh, kesannya berderai. 
cantuman tidak lagi sempurna

tidak bahagia

Jauhnya terbuang dari landasan lurus
Jauh lagi pandangan bahagia hendak ku raih
Jauh sungguh kaki mahu ku langkah

jiwaku longlai.

Andai sayang ini lebih suci.

4.3.13


tau buat taubat

Allah. dengar rintihan taubat hambaNya.

Aku hamba selalu jatuh. jatuh baru sedar.

Allah bantu aku bangun semula.

Bila aku mula berlari aku leka.

Leka dengan nafsu durjana.

Allah masih bersama aku hamba yang hina.

Allahurabbi. berkali sudah aku sungkut lalu mundur.

Allah. aku hamba hina ini malu.

Malu pada dosa yang berkoyan-koyan....

sedang aku tau tapi aku tetap meneruskan.

sedang aku tau aku ingkar aku masih leka.

Allah. aku malu untuk terima nikmat sedang aku ini tidak taat.

tapi

Allah tidak pernah tinggalkan hamba.

Allah Allah Allah Allah Allah Allah.

2.3.13


insaf

aku berjalan atas landasan, tetapi kenapa acapkali aku tersasar

aku cuba untuk menyekar, tetapi kenapa tiapkali aku gagal

aku cuba untuk menginsafi, tiap kali aku kalah


aku cuba dan aku cuba hingga akhirnya aku malu!

malu pada Dia yang Melihat setiap gerak lakuku

bila pembantu Dia kiri kanan tidak pernah alpa mencatit setiap tingkah hina aku. aku patut rasa malu

*aku manusia tidak reti bersyukur*

27.12.12


Sepi

Bismilllahirahmanirahim.

Alhamdulillah. penghujung tahun masih lagi segar diri luaran. tapi dalaman masih kosong.

Ya Allah, aku abaikan banyak benda. banyak sangat aku buat lepas tangan tanpa peduli

Allah peduli akan permintaan aku, tapi aku......kurang taat pada perintah Ilahi.

Mana hilang nilai Islam dalam diri ini...

Berjanji susun bagai air mengalir tapi laksana hilang ditiup angin....

Adakala iman duduk atas puncak...

Ada masa jatuh terjelupuk bawah tanah...

Benar, aku manusia alpa....

Tapi, kalau buat2 alpa, APAKAH?

Allah, terima taubatku.

8.5.12


suri rumah

Bismillah

Ouch!
Menjadi surirumah
bukan satu kerja yang mudah
tekunnya setia tidak pernah lelah
lalu jika difikir makin bertambah


Ouch!
Menjadi surirumah
ada yang fikir kerjanya enteng
bangun pagi masak malam tidur lena
itu bayangan bagi mereka yang kerja
bayangan bagi mereka yang berbeza jantina 


Ouch!
Menjadi surirumah
kalau dihitung tiada henti
kalau dibilang jadi gila seketika
tapi kalau dibentang beribu pahala
jika tiada keluhan keluar di bibir


jaganya yang paling awal. lenanya yang paling akhir.
mimpinya sekejap-kejap

14.4.12


dingin

puncak malam ini dingin.
menung
pikir apa akan jadi dua saat kemudian
masih menulis tanpa henti.

sia-sia 
tidak punya tajuk
cuma leka dengan perasaan 
yang adakalanya begitu rapuh

6.4.12


3's

Bismillah.

caj bateri positif banyak-banyak dalam diri.
itu yang penting sebenarnya.
bangun AWAL pagi itu juga sudah petanda positif. diikuti dengan rentetan yang positif. cepat-cepat ucap Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk melakukan perkara positif.

Allah.

Maha Besar

Maha Pengampun

Lindungilah aku.

 

 

30.3.12


cikgu

bismillah

menjadi seorang guru itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan
jika hasilnya seperti apa yang kita sekarang ini
anak muda yang gemar berpeleseran.

hormat itu sudah jatuh di tapak kaki.
lalu tangan guru terbang melayang. salah siapa?
salah ibubapa
salah makan
salah didikan
salah sendiri
salah pemimpin
salah silibus pengajaran
salah masyarakat
salah kawasan
salah teknologi

aduh, jika mahu disenaraikan terlalu tebal isi kandungannya. Hmmm. hingga sampai satu tahap, makan gaji buta melayan anak-anak sekarang ini.

guru sabar besar ganjarannya

..............

22.11.11


racun berbisa

Assalamualaikum

selesai sudah hubungan aku dengan dia....Dia juga begitu memahami dan sungguh mempertahankan hubungan kami ini.

cumanya aku ingin bercerita mengenai sikap aku ni
aku ada beberapa sikap buruk yang perlu aku buang:

mulut
perangai
sikap tangguh
kene yakin
jangan malas
hangat-hangat tahi ayam
cakap besar!

erm
aku taknak penghujungnya aku akan kecewa dan sesal
lalu aku sendiri kene ubah
kene usaha
berubah!

yakin aku mampu
YAKIN Allah akan bantu!

semayang kerana Allah

Please

30.6.11


takdir dan jodoh

as salam
soal jodoh itu Allah sudah tulis siapa
soal takdir itu kita redha dengan ketentuanNya
InsyaAllah.

aku mahu sendiri. menyendiri. perbaiki diri
maaf kepada dia
sila jauh untuk menjaga!

24.6.11


alhamdullilah

bila kau rasa kau seliuh, jangan mengeluh | Allah ada
bila kau rasa kau di atas, jangan riak | Allah ada
bila kau rasa kau sendiri, jangan menyepi | Allah ada
bila kau rasa kau begitu begini, jangan kau rasa kau tidak dihargai, disayangi kerna Allah sentiasa ada disisi kita.InsyaAllah

Berimanlah kepadaNya. Amin  :)

10.6.11


Sepuluhjunsebelas

As salam
Tinggal beberapa hari je lagi nak start praktikal. Serius perasaan ini bermacam2. Nervous, takut, gementar (OK. semua nak same maksud je). Dari mana nak bermula. Aiyooo. Memang kalut sungguh

Aku skang ni tengah belajar agama dengan perlahan. InsyaAllah. Semoga doa aku diperkenankan Ilahi. Aku mahu menjadi seorang anak yang baik. Aku mahu menjadi umat Islam yang berjaya. Aku mahu mencuba dan terus maintain kan graph.

Tetapi, alangkah mudah sebagai seorang umat Islam hati ini disuntik bisikan syaitan. Sesaat beristighfar, sesaat lagi sudah berdosa hati. MasyaAllah

Solat mahu dilengkapkan. Al-Quran mahu menjadi basah lidah. Zikir jadi peneman. InsyaAllah, semua menjadi pendinding kepada kejayaan. Doa ibubapa juga ^^

20.5.11


teh is crying

As salam
Menjunjung kasihMu Ya Allah
kurniaan alam dan hati kecil ini pada semua hambaMu

Ya Allah
begitu besar ujianMu sejak akhir2 ini
benar-benar menguji tahap penantian, kesabaran, pemikiran, keputusan
segalanya bermain dalam serentak

Ya Allah
aku lemah lesu
aku tidak mampu menjawab
aku tidak mampu menjadi begitu begitu
aku hanya mampu diam
sehinggas situasi itu memijak2 aku

Ya Allah
aku tidak punya telinga lain mahu mendengar
aku tidak punya insan lain mahu meluah
tapi
aku punyaMu Ya Allah
sentiasa disisi hambaMu yang mendambakan Mu

Ya Allah 
sungguh manusia ini bermacam ragam
sungguh Ya Allah manusia ciptaanMu ini
untuk belajar memahami

Ya Allah
dengarlah rintihan ini
dengarlah keluhan ini
ringankan dan permudahkan segala Ya Allah

Ya Allah
ku mohon semoga ujian ini menjanjikan kebahagian di masa depan
semoga 'hujan' ini diganti dengan pelangi indah
semoga ujian ini mengukuhkan lagi imanku

Ya Allah
jangan kau jauh pada hambaMu ini
jangan Ya Allah

Ya Allah
aku memohon rahmat dan keberkatan
sepanjang aku menghela nafas
di atas bumi yang nyata kepunyaan Kau Ya Allah

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim

Amin
-akhirnya Teh is Crying-

sob sob sob

source: Google Image

9.5.11


tulisan dan tingkah laku

As salam
tulisan dan tingkah laku jelas nyata perkara berbeza
manusia menulis dirinya baik belum tentu berkelakuan baik

kalau manusia jujur dengan tulisan, aman dunia. senyum sampai telinga!
kalau manusia jujur dengan tulisan, tiada warna dunia

perlunye pro and kontra supaya manusia tidak terlalu selesa berada di atas dan tak perlu merendah sampai mencium lantai *kecuali bersujud ke hadrat Ilahi*

ada yang mengaku begitu begini tetapi tidak. itu hipokrit!
diam.

6.5.11


hari ini kau datang riang

as salam
jumaat ini masih mahu menjengah dengan tenang
jumaat penghulu segala hari yang aku rasa bisa mendebarkan
saat ketika ini. keadaan bergolak ,
masih lagi mahu jumaat datang

bila Allah janjikan kiamat
usah dihitung beberapa kali lagi jumaat itu
kerna ia tetap menjadi rahsia Allah
usah kau ramal. kerana tanda-tanda itu sudah semakin jelas

bila jumaat ini masih menjelma
berzikir, berselawat, bertaubat
seakan-akan jumaat depan tidak lagi kelihatan

Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakhbar

Berselawat tanpa tunggu lidah kaku

jangan pernah lekang basah di bibir

22.4.11


sukan perasaan

As'salam. hari ini sukan Pendidik. aku AJK aktiviti. Memang penat tak tertahan. Sabo je lah. Muka semakin gelap berbelang. Persekitaran agak muram pada awalnya, semakin hangat bila waktu beranjak !
Memang best.

sedikit luahan:
aku melihat dia di situ. DIAM
tidak mahu berganjak dari lokasi
bukan mahu cemburu tetapi perasaan itu sama di ulang-ulang
soalan dan persoalan
'kenapa mahu berjanji jika sering melukakan'
sudah beringat dan mengingat
berkali-kali kata
usah disimpan rasa bukan rasa cinta tetapi dasar mahu sebuah PUJIAN !

mata berair, hati menangis
masih mampu tersenyum walau mata berkaca :,(

ikhlas,
TM | april, 2011