23.8.17

Takde duit katanya....hakikatnya.........


kisah malam tadi
selepas seminggu menggengam janji
aku tunaikan jugak permintaan kawan2ku yang nak makan Bread Pudding with Cinnamon! Ececeh...nama nak glemer jeee

Alhamdulillah...menepati citarasa mereka.........berbekalkan bahan2 yg sedia ada, dpt la menghasilkan dua bekas puding roti ! 

Satu bekas sesi pagi
Satu bekas sesi petang

Boleh mcm tuuuuu ? hehe...... 

Ok! Janji Dicapati (",)/

---------------------------------------------------------------------------------------------



Dalam waktu yg sama, diba sedang struggle untuk hari bahagia dia hjg tahun ni.... 
Berselisih tu biasa la diba...yang penting toleransi...

Akak bercakap bukan sebab akak buat, tapi sebab pengalaman mengajar

Kalau sorang api, sorang kena jadi air...walaupun api dok acah2 membakar.....

Dah 3 tahun kahwin, baru masing2 pandai control ego!

Gaduh tu biasa
Tapi jangan biasa gaduh.

Perhubungan kita niat bina atas jalan Allah.
InshaAllah akan dipermudahkan olehNya.

Doa jangan putus.

Akak doakan usaha kalian berdua diberkati dan dirahmati 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




19.8.17

#Shortvacay @EndauBeachResort

Have fun with myBFF !

Location: Endau Beach Resort
Date : 18 Ogos 2017 - 19 Ogos 2017 (2H1M)
Rooms Type: Garden Plus
Rate: Rm180/night

******tengah proses*******

Lama dah plan nak hempas tekanan.

16.8.17

Doa buat perkahwinan.

Allah,
curahkan rahmat ke atas perkahwinan kami
kukuhkan ikatan rasa cinta kami setiap hari
sesungguhnya cinta dan sayang kami keranaMu ya Allah

Allah,
kuatkan iman kami
kuatkan iman kami
kuatkan iman kami

Allah,
biarlah Kau jadi tempat pergantungan kami
Kau tempat kami mengadu 
Kau tempat kami bersandar

Semoga kami terus istiqamah dalam perjalanan ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Doa buat perkahwinan. 
Kerana kami manusia biasa. 
Kekadang hati bertukar rasa
Kekadang sayang berbahagi-bahagi
Kekadang jiwa ini terusik
Pelabgai rasa

Doa ini biar kami titipkan setiap kali sujud
Agar terus mekar dan terus mekar

Agar sayang itu tidak layu.


8.8.17

PKW Mai Plak

dari malam tadi tidurku diganggu
diganggu oleh "hutang-hutang" kerja yang tidak selesai.

benarlah.
orang yang berhutang ini, tidurnya tidak lena.

dan ditambah pulak hari ni ada PKW datang utk semak SJC students sej kami! lagi nebes la aku dibuatnyaaa.......

doa banyak2 je semoga segalanya dipermudahkan dan menyenangkan.....yang mana silap kita baiki....

proses pembelajaran memang sakit tapi nikmat 😘

jam 1214 tgh hari di 5SI2 jaga exam Bi.....

masih nebes ni.........