19.8.17

#Shortvacay @EndauBeachResort

Have fun with myBFF !

Location: Endau Beach Resort
Date : 18 Ogos 2017 - 19 Ogos 2017 (2H1M)
Rooms Type: Garden Plus
Rate: Rm180/night

******tengah proses*******

Lama dah plan nak hempas tekanan.

16.8.17

Doa buat perkahwinan.

Allah,
curahkan rahmat ke atas perkahwinan kami
kukuhkan ikatan rasa cinta kami setiap hari
sesungguhnya cinta dan sayang kami keranaMu ya Allah

Allah,
kuatkan iman kami
kuatkan iman kami
kuatkan iman kami

Allah,
biarlah Kau jadi tempat pergantungan kami
Kau tempat kami mengadu 
Kau tempat kami bersandar

Semoga kami terus istiqamah dalam perjalanan ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Doa buat perkahwinan. 
Kerana kami manusia biasa. 
Kekadang hati bertukar rasa
Kekadang sayang berbahagi-bahagi
Kekadang jiwa ini terusik
Pelabgai rasa

Doa ini biar kami titipkan setiap kali sujud
Agar terus mekar dan terus mekar

Agar sayang itu tidak layu.


8.8.17

PKW Mai Plak

dari malam tadi tidurku diganggu
diganggu oleh "hutang-hutang" kerja yang tidak selesai.

benarlah.
orang yang berhutang ini, tidurnya tidak lena.

dan ditambah pulak hari ni ada PKW datang utk semak SJC students sej kami! lagi nebes la aku dibuatnyaaa.......

doa banyak2 je semoga segalanya dipermudahkan dan menyenangkan.....yang mana silap kita baiki....

proses pembelajaran memang sakit tapi nikmat 😘

jam 1214 tgh hari di 5SI2 jaga exam Bi.....

masih nebes ni.........

11.7.17

Meeting Krik-Krik * Makan2 * Prepare Potluck

HAHA

Sengaja je aku tulis tajuk panjang-panjang
Itu menunjukkan bahawa dalam satu hari banyak sangat perkara yang terjadi dalam hidup aku

*eh eh selama ni pun memang banyak pun kannnn*

tapi nak dijadikan cerita, dengan 6 masa semalam.....tambah plak 1 masa relief...memang kelam kabut sikit la....lepas tu teringat2 yang abes sekolah nnt ade meeting kat SMK Taman Megah Ria....

/hal di sekolah

tak banyak cerita.........memang tak banyak

/hal meeting

haha..sengaja jugak aku gerak lambat 30 minit dengan harapan aku sampai2 je meeting pun dah start...tp hakikatnya.....masih krik2....aduhaiiii.....tak menjadi plak trick aku ni...dah tu pengisian longgar...asyik dok scroll analisa penggunaan vle frog tu! aku dah la sangap plus mata stim rabak! memang tak fokus langsung dengan meeting kali ni........lagi tak fokus bila arisa kol bgtau ustaz nak mai umah malam ni......erm.....

habis je meeting terus la aku gigih parking kat econsave....macam biasa la aku kan..

menu serabut..

mulut kata nak masak mihun goreng * puding roti * air buah .....

tapi realiti bisik2 suruh masak nasi goreng je sebab nasi semalam lebih banyak lagi.......

sudahnye

memang menu nasi goreng * pengat pisang * keropok * sambal tumis.....

/makan2 orang datang

ustaz bawak mai bini n anak bongsu dia yg super duper cute ke rumah....
aku ni memang suka orang datng rumah.....eh sebenarnya kami laki bini memang suka orang datang rumah...seboleh2 nak layan 5 bintang....

bini ustaz baru lepas gugur anak no 4.....gugur masa usia kandungan 12 minggu...kesian plak....tapi masing2 positif...inshaAllah, ada hikmah semua ni....Allah nak kasi kembar perempuan la tu...hehe

/prepare potluck

*tetibe hilang ayat*

OK! esok Potluck GKS GKM....menu utama soto ayam....so, aku diamanahkan utk bawak bergedil degil......dengan air takde......malam tu jugak aku overnight gentel bergedil aku tu.....dah...mata x lalu dah ni...layan gambar je laaaa




5.7.17

Kiki Mai Lagiiiii !!!!

Kiki
Kawan masa zaman di utagha dulu
Tetibe mesej kata nak beraya!

RAYA HARI RABU?
DARI BP KE JB?

hilang akal ke...

1. Sebab rabu hari sekolah, dan khamisnye keje
2. Nak dtg malam. tetibe?
3. Takkan la nak datang semata2 nak raya kan....?

Kau rasa?

eh eh banyak pulak tanda soalnye ni... hehe

Al-Kisahnya dia ada kursus kat Kulai, so dah alang2 turun hala selatan ni, datang la beraya sekali umah kami....lepas tu konon2nya bila beraya, sampai la lewat malam, xdpt la nak balik semula ke kulai (dia kursus dua hari), jadi guna la alasan itu untuk tumpang tido pulak umah kami !

tu semua permainan licik kiki la tu......hahaha

.............................................................................................................................

baru mukadimah sudah nampak macam tertawan
ayat tak cukup gramatis untuk menarik perhatian kawan kawan

hari kejadian,
dia datang beraya.
tak banyak aktiviti pun yang kami buat.
mereka bersama-sama kelompok jejaka

dan aku melukut di depan laptop, melayan kerja merapu! haha

/dia datang
/bertegur sapa
/makan makan jajan
/solat dimasjid
/balik siap-siap g makan
/makan sate
/balik
/tambah ahli
/gelak-gelak sikit
/mengumpat
/menggamit
/tido
/bangun
/masing-masing kembali kejalan asal


okay. tamat la sudah sebuah cerita Kiki Mai Lagiiiii !!!!



17.6.17

2 Projek dalam 1 Hari





................................................................................................................................................