22.10.16

Gagal

Terbungkam dalam kegelapan
Lemas aku dalam mencari cahaya
Imanku goyah
Cuba merangkak mencari cahaya

15.10.16

Laki Bini Beriadah

Kebosanan melanda laki bini di hujung minggu
Mana taknya, konon-konon minggu ni nak rehat-rehat

sudahnya

dua-dua berkulat dok umah! HAHAHA

Bila petang menjengah, kebosanan sudah sampai tahap maksimum, si laki mula bersuara

"yang, taknak keluar ke, tgok2 dunia apa jadi.....petak la dok umah tengok dinding"

(buat ape tgok dinding, tengok la bini....ish ish ish)

"jom r kua yang....g men layang2 ke, jogging ke..badminton ke..."

"okay siap cepat....abg tinggal tukar seluar jeeee"

(cehhhh.....alasan selalu nak suh aku siap cepat!)

tak sampai 30minit, terus sampai sini...HAHA......yeahhhhh







ok dua-dua berpeluh
turun 5kilo...kononya...


kbai......................

11.9.16

Sekadar rasa

Apa kau rasa
Orang yang paling kau percaya
Akan mendampingi kau setiap masa

Hakikatnya
Meminggir aku di saat aku perlu
Memerli aku di saat aku layu

Aku ini siapa
Dimata dan dihati

Adakah sekadar pelengkap lelaki

11.7.16

kelam

jasadku besi
senyumanku tak pernah pudar
kalau diselami ke dasar
hatiku rapuh perlahan-lahan
lalu,
mataku tak mampu terus berbohong



sepi

9.7.16

Raya sendiri

Suami keluar beraya bersama rakan-rakan. Gembira

Isteri?

Duduk dirumah menunggu. Erm.

Raya apakah??? Lagaknya seperti orang bujang.

Kekadang terpikir,
Adakah aku yang menjengkelkan
Adakah aku ini memalukan
Adakah aku ni bebanan

atau

Aku hanyalah sekadar tempelan.

28.6.16

tiduran

kepala  tersengguk-sengguk
menahan mata yang makin kuyu
menahan mulut dari terbuka luas

*Perit*

dalam erti kata lain, aku sebenanya mengantuk

minggu-minggu akhir ni, yang bermain di kepala aku hanya mahu pulang ke kampung halaman!
sungguh rindu yang semakin mendalam
sengaja aku simpan jauh ke dasar hati

27.6.16

ulang tahun

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 
YANG KE - 28

buat

diri sendiri

tiada yang lebih bermakna berbanding peringatan daripada orang-orang yang tersayang. semakin menambah usia, semakin hati ku dijentik-jentik

risau

runsing

apakah nilai amalku sepanjang 28 tahun aku bernafas di atas muka bumi ini
apakah cukup untuk bekalan aku di sana
apakah cukup !
(",)

jangan pernah berhenti mencari cahaya
*bisikku di dalam hati*


23.6.16

wujud

ada tapi seperti tiada
tiada tapi macam ada

wujud ke?

atau sekadar bayang-bayang

jenuh ku fikirkan kewujudanku 
dimatamu
dihatimu
diungkapanmu

aku siapa?


22.6.16

Sunyi

Seharian membisu. Tiada sepatah kata.
Sunyi
Lalu lena berteman sepi.
Hingga pagi itu.engkau memeluk erat.
Hangat
Aku mau setiap pagiku begini.
Sungguh

21.6.16

sabar. sabar. dan sabar

Muhasabah diri.

itu lebih baik dari kau terus tunding cari menggali kesalahan orang lain.
itu lebih baik dari kau terus terasa hati dengan perkara remeh
itu lebih baik dari kau menengking-nengking

sabar. sabar. dan sabar.

Peminta kasih II

Apa tujuan kita berkahwin?
Kau hal kau
Aku hal aku
Macam tu ke?
Aku keliru...
Ianya benar berlaku atau
Sekadar ilusi perasaan aku saja.
Aku si isteri yang dahaga perhatian!

20.6.16

Peminta kasih

Aku tak minta ditabur duit berjuta
Cukup sekadar sedikit PERHATIAN
Cukup bagiku

18.6.16

Saja

Mana mungkin sendiri sendiri
Kita sudah bersatu

Allah

17.6.16

Majlis Ifthor #faridfatin



Alhamdulillah.....beberapa hari lepas dapat jemputan untuk Majlis Iftor #faridfatin....gigih betul la si bon ni buat iklan bagai...aku ingatkan ramai la yg nak dtg..rupenye #gengperantaun je. hehe....xkisah la janji jimat duit dapur. HAHAHA..

Macam biasa la, setelah deal punya deal, aku bawak kuih muih, syafiq bawah buah...arisa keluarkan duit. HAHA...jahat giler kan....kire ok la tu..sama adil dan saksama..masing2 berfungsi...

tepat kol 6:30 ptg, syafiq selamat sampai ke rumah...dia stay umah kiteorg sementara aku ngan laki aku mencari kuih2 kat bazar.....

selesai membeli, terus kami ke rumah bon dan fatin...sebenar2nya, rumah dorg tu selang lorong je ngan umah kiteorang...org kata apa, kentut pun bau lah! haha.....

sampai2 je rumah bon, tu dia menuuuuuuu terbentang! menyelerakan sungguh aih....perut dah berbunyi2 keroncong dah....malas nak sembang banyak, meh jamu gambaq sikit yeeee..



sebelum makan, macam biasalah....selfie sekeping!!!

Tahniah fatin! preggy dah 8 minggu..... doakan baby jangkit kat teh pulak ye...hehe..InshaAllah...

Menu yg #faridfatin masak..meletop uols....tema seafood barang kali..hehe... Ikan bakar, sambal udang petai, sotong goreng tepung dan sayuq campoq....aku beli kuih2 karipap, apam gula hangus dan seri muka...syafiq beli tembikai dan buah mata kucing.......yg menarik perhatian sebenarnya air sirap bandung tu..thorbaikkkkkkkkkkkkkk!!!! hehe



Lepas je berbuka, solat jemaah dan lepak2 sambil gelak2....tetibe ada yg memetik nak tgok The Conjuring 2...aku dah lama berbunyik kat laki aku nak tgok citer tu...seperti orang mengantok di sorongkan bantal empuk! apa lagi...terus deal dan deal...balik rumah siap2 dan pergi...hehe...cinema pilihan mestilah cinema yg berdekatan! TGV Jusco Tebrau! giler ramai orgggggg tu......pergi ke kaunter tgok2 dah penuh! kecewa sehhhhhhh

tapi.....kami tak berputus asa,...sebab ada lagi satu cinema sedang menanti HAHA.....cumanya cinema tak la se-GAH TGV....tapi demi The Conjuring, gigih jugak weyhhh hala ke tiram!

Alhamdulillah ada tempat dan kami kelewatan 5 minit....

Rumusannya.......TC2 tak seseram TC....cumanya masih menyeramkan!!!!......Banyak nak story tapi tak terulis..biarlah gambaq berbicara! hehehe






11.5.16

bengang

pelajar

sifatnya dua

racun atau madu?

racun
melukakan hati sehingga mulut terkunci rapi dan air mata mengalir sepi

madu
mengubat luka sehingga duka ku lupa

10.5.16

hari sendu

hari-hari yang akan datang ni
sepatutnya berseronok
akan jadi hari yang paling sendu

makin kamu duduk di atas,
akal itu kamu tinggal di bawah


tidak waras!

24.3.16

Gaya Hidup Sihat dengan BFF Gendut (23/2/2016)







Seram Sejuk Bermusim

Setiap kali jadual perlu dijana, aku mesti demam seram sejuk!
Ni la jawatan aku sampai pencen..Agaknya.....Mintak jauh la..HAHA....ingat senang ke nak puaskan hati semua pihak. Kadang2 kepentingan sendiri pun aku gadaikan. 

Jadual Bil.3/2016