24.3.15

Sesal

Aku gagal
Menjadi insan disisi
Menjadi isteri penyeri

Aku gagal
Untuk membina rasa
Untuk meletak senyuman

Aku gagal
Sendiri gagal bahagia

Sakit
Jauh ke dasar hati
Ada luka yang masih pedih

Nota merah

Ku selit nota merah
Dalam bakul hitam
Buat bekalan dia mencari ilmu
Buat teman dia berjalan
Supaya dia tahu

Aku sentiasa bersama
Waktu sukar mahupun senang