26.3.15

1

Saya hanya tahu menyintai kamu suami.

25.3.15

Pepagi

Semuanya bermula dengan pertemuan
Antara
Tangan dan tangan
Pipi ke pipi
Bibir ke dahi

Cukup untuk menyegarkan
Cukup menguntum senyuman
Cukup untuk bekalan
Cukup untuk hirup udara dengan selesa

Kau mencukupkan dan melengkapkan

24.3.15

Sesal

Aku gagal
Menjadi insan disisi
Menjadi isteri penyeri

Aku gagal
Untuk membina rasa
Untuk meletak senyuman

Aku gagal
Sendiri gagal bahagia

Sakit
Jauh ke dasar hati
Ada luka yang masih pedih

Nota merah

Ku selit nota merah
Dalam bakul hitam
Buat bekalan dia mencari ilmu
Buat teman dia berjalan
Supaya dia tahu

Aku sentiasa bersama
Waktu sukar mahupun senang

23.3.15

Punca

Yang memulakan aku
Yang menjadi punca aku
Yang membuat onar aku
Yang memalingkan aku
Yang menjengkelkan aku
Yang cuba cari perhatian aku
Yang cuba jadi terbaik aku
Yang gagal aku
Yang muncung aku
Yang buruk aku

Sebab

Aku aku perlu perhatian
Dan
Aku akui
Aku sendiri kurang kasih sayang

Ku gali bahagia yang ku Cari
Derita jua kutemui

Yang akhirnya kesalahan itu
Aku sendiri tuju pada aku

10.3.15

Malam yang bisu

Malam yang bisu
Ku lalui dengan sikit terluka
Gerakan masa rasa lambat mahu pergi

Oh malam yang bisu
Berlalulah

Tinggalkan sedikit kemanisan untukku
Untuk aku bernafas esok hari