28.9.15

Kisah seram di pagi hari

5:30 pagi aku dikejutkan dengan bau yang kurang enak. Sungguh hidung cepat menangkap! Tak selesa.

Rupa-rupanya..............................................

'anak-anak' buat hal atas toto! memang cari pasal la kan pepagi buta kau buat 'kuih' atas toto. Siap 'kuah' lagi tu. Arghhhhhhhhh

geram tapi sayang. achaner tu! Erm

Gigih jugak la aku bersihkan 'kuih-kuih' tu......naseb la kau ni kucing. kalau tak memang aku ketuk!

Dendanya, semua aku kurung dalam jamban. HAHAHA. Padan muka.


ni la 'anak-anak' degil. grrrrr

27.9.15

Pipi Pau

Habis kelas 4si5, aku pun turun tangga untuk ke bilik guru....separuh jalan aku akan alami situasi yang klise...

"selamat sejahtera cikgu" 

-budak bagi salam- 


dengan penuh keayuannya aku pun menjawab salam mereka.......kemudian baru setapak aku turun tangga pelajar itu memanggil..

"cikgu"
"ye saya"
"pipi cikgu dah macam pau"


*senyum manis*


[dalam hati bisik............KUAJO!]

29.8.15

Cuti-cuti Malaysia....padahala cuti macam biasa je pun! Ceh

takde beza cuti merdeka kali ni.
mana taknya,

Jumaat - Sabtu - Ahad - Isnin

Tetiba Ahad kene kerja! Ohhhhhhhh tidakkkk

so, tiada makna cuti.

untuk mengubat hati yang luka lara pedih terhiris ni, mummy + daddy + dieba ambil keputusan turun ke Jb! Yeahhhhhh Somangat den

15.8.15

Sesal

Arghhhhh! Sendat nye perut. Ketat rasanya. Erm. Nak salahkan sape kalau macam ni....tentu2 la sendiri.

Makan tak berhenti2.
Masak.makan.masak.makan

Bile nak start diet. Eh! Jap. Bile nak istiqomah dalam diet ni. Erm...baru betul. :-S

6.8.15

Diet

Cerita yang tiada pemula dan penamat.
Sebab bekali-kali mulakan dan kecundang ditengah jalan

Semangat tu berkobar-kobar
tapi usaha memang layu

Mekar mengejut
Mati kelayuan pon mengejut
Akhirnya terkubur begitu sahaja

Begitulah kisahku.

DIET

30.7.15

terbuku

tidak sedarkah kamu
adakalanya katamu. sendamu, tawamu
mengguris hati aku

diam
diam
diam

daripada berkata sesuatu berkaitan diriku

aku rayu

12.7.15




kosong

jauh lamunan ku pergi ke arah merata
hingga hujungnya

hilang tiada tanda

28.6.15

Lebih baik diam,
Dari berkata perkara sia dan menyakitkan.

Salah

Kerap tunding jari jadi punca.
Lebih baik diam

28.4.15

Malam menggembirakan hati riang
riang sungguh ada di sisi dia
bau dia
senyuman dia

depan mata.

lega

26.3.15

1

Saya hanya tahu menyintai kamu suami.

25.3.15

Pepagi

Semuanya bermula dengan pertemuan
Antara
Tangan dan tangan
Pipi ke pipi
Bibir ke dahi

Cukup untuk menyegarkan
Cukup menguntum senyuman
Cukup untuk bekalan
Cukup untuk hirup udara dengan selesa

Kau mencukupkan dan melengkapkan

24.3.15

Sesal

Aku gagal
Menjadi insan disisi
Menjadi isteri penyeri

Aku gagal
Untuk membina rasa
Untuk meletak senyuman

Aku gagal
Sendiri gagal bahagia

Sakit
Jauh ke dasar hati
Ada luka yang masih pedih

Nota merah

Ku selit nota merah
Dalam bakul hitam
Buat bekalan dia mencari ilmu
Buat teman dia berjalan
Supaya dia tahu

Aku sentiasa bersama
Waktu sukar mahupun senang

23.3.15

Punca

Yang memulakan aku
Yang menjadi punca aku
Yang membuat onar aku
Yang memalingkan aku
Yang menjengkelkan aku
Yang cuba cari perhatian aku
Yang cuba jadi terbaik aku
Yang gagal aku
Yang muncung aku
Yang buruk aku

Sebab

Aku aku perlu perhatian
Dan
Aku akui
Aku sendiri kurang kasih sayang

Ku gali bahagia yang ku Cari
Derita jua kutemui

Yang akhirnya kesalahan itu
Aku sendiri tuju pada aku

10.3.15

Malam yang bisu

Malam yang bisu
Ku lalui dengan sikit terluka
Gerakan masa rasa lambat mahu pergi

Oh malam yang bisu
Berlalulah

Tinggalkan sedikit kemanisan untukku
Untuk aku bernafas esok hari