13.9.14

Cuba Lagi Yeee

Alkisahnya

Tidak meneliti
Terus yakin sendiri
Bahan-bahan diisi
Digaul diuli

Biar doh dalam bekas sejam
Bukak-bukak tak kembang kembang

Tu sikap aku!

Cerita belakang.

12.9.14

kecelaruan tujuan

disini aku terdiam tanpa rancangan
otak ligat berpusing pikirin idea yang tidak mahu kunjung tiba
hingga aku sedar
aku masih lagi dikoordinat yang sama 
tanpa berganjak walau seinci

*lama diam*

cuba memusing ke kiri ke kanan
cuba untuk cari klu
apa langkah seterusnya
sudahnya masih sama

*diam lagi*

ketuk-ketuk jari 
tiada rasa
cuba ketuk hati
sepi

apa yang dirancang semalam
seakan tidak kena dengan hari ini
apa yang diperbaiki
masih sama kopaknya

apa tujuan utama sebenarnya?
jangan kata tidak tahu
jangan cuba dia membisu

hingga hujungnya
sendiri cari jalan kembali
hingga akhirnya
dan sebenarnya
bicara tentang diri sendiri

*tunduk diam lagi dan lagi*

10.9.14

Permulaan

Lama tak menabur kata

Sibuk menabung
Moga-moga hasil dunia akhirat