22.10.14

Bismillahirahmanirahim

Macam mana nak mulakan sebuah cerita bila sudah lama simpan bisa.
Macam sudah hilang arah dan hala tuju
Walau seribu kali ku susun rangka, bila mula mengarang pasti untaian katanya putus.

Huh!
Keluhan demi keluhan dalam kehidupan
Tak sepatutnya aku coretkan
dan wajar aku simpan

Bukankah kehidupan ini satu pembelajaran?

Ntah la.

13.9.14

Cuba Lagi Yeee

Alkisahnya

Tidak meneliti
Terus yakin sendiri
Bahan-bahan diisi
Digaul diuli

Biar doh dalam bekas sejam
Bukak-bukak tak kembang kembang

Tu sikap aku!

Cerita belakang.

12.9.14

kecelaruan tujuan

disini aku terdiam tanpa rancangan
otak ligat berpusing pikirin idea yang tidak mahu kunjung tiba
hingga aku sedar
aku masih lagi dikoordinat yang sama 
tanpa berganjak walau seinci

*lama diam*

cuba memusing ke kiri ke kanan
cuba untuk cari klu
apa langkah seterusnya
sudahnya masih sama

*diam lagi*

ketuk-ketuk jari 
tiada rasa
cuba ketuk hati
sepi

apa yang dirancang semalam
seakan tidak kena dengan hari ini
apa yang diperbaiki
masih sama kopaknya

apa tujuan utama sebenarnya?
jangan kata tidak tahu
jangan cuba dia membisu

hingga hujungnya
sendiri cari jalan kembali
hingga akhirnya
dan sebenarnya
bicara tentang diri sendiri

*tunduk diam lagi dan lagi*

10.9.14

Permulaan

Lama tak menabur kata

Sibuk menabung
Moga-moga hasil dunia akhirat

17.8.14

sakit lagi

Bismillahirahmanirahim

Dah tiga kali demam dalam tahun ni
Virus ni sayang sangat dengan aku
Selalu sangat singgah!

Bila dah demam ni, memang apa kerja pun tak jalan.
dan bila demam ni memang mood aku megada la kann. hehe

Wakresa,
thanks sebab ambil berat
thanks sebab selalu ada bila saya memerlukan
thanks sangat-sangat

<3

*nak awak selalu ada dengan saya (^^,)/*

12.7.14

taubat nasuha

tekad lari dari kesilapan yang berulang
tekad dan nekad

selalu ada selalu padam
kekadang hilang dan diam


diam
diam


dan ianya berlalu sepi
tanpa tanam tekad di hati

malu?
malu sendiri
senyum sendiri

ntah!

9.7.14

Ramadhan

Ramadhan kini kembali
Dengan seribu rahmat dan berkat
Salam ukhuah sesama sahabat

Ramadhan kali ini penuh makna

Insya Allah

17.5.14

Ntah!

Apabila ada mulut bisa yang bertanya
"Macam mana dengan persiapan perkahwinan?" (tinggal lagi 6 bulan)

Aku diam dan senyum.

Dan
Tidak berakhir di situ saja. Aku diam senyum dan berfikir.

Yup! Sejauh mana persiapan dan persediaan aku untuk Hari Bersejarah aku sendiri. dan juga hari-hari yang mendatang

Awak,
Jangan jauh sangat.
Kita dekat tapi semakin jauh
Semakin saya tidak tahu pergerakan awak
Semakin saya tidak tahu aktiviti awak
Semakin saya rindukan awak

Awak,
Maafkan saya

Lemparlah kata aku ini sakan sendiri. Memang YA! Tidak dinafikan.

8.5.14

Lagi

Tersungkur aku di penghujung senja
Membiarkan segalanya berlaku tanpa ada sekatan
dan berlalu tanpa ada rasa

Hingga

Entah bila mahu cari jalan berhenti. 
Adakalanya

Aku diam

7.5.14

Aku yang terlalu teruja

Assalamualaikum

Blog ini pelik sebab blog ini hanya aku yang menulis dan aku sahaja yang membaca.
Aneh bukan.

Tapi inilah diri aku
Aneh

Erm

Aku kali ini, setiap kali
aku rasakan
aku sahaja yang teruja. teruja sangat-sangat

takpelah.
dia teruja dalam diam mungkin
tak seperti aku
seakan mahu canang satu dunia

pelik!

7.4.14

masih

Ya Allah

Aku mahu lari dari kesilapan lalu
Aku malu

ntah

Malam ke pagi mata ini masih celik. Aku rasakan seperti ada satu kehilangan dalam hati ini. hilang rasa barangkali. Kosong sungguh. Fikiran pun tiada matlamat. Ya Allah. Mungkin kerana aku semakin jauh dari jalanMu

2:25am 07042014

masih lagi
masih lagi celik
yang lain sudah lena
sudah benar-benar lena

aku lagi buka mata
fikiran lagi ligat susun kata

erm

debar
macam-macam nak masuk dalam kepala
tak terdaya nak susun satu-satu

Allah
padaMu aku bersandar

*sandar malu sebab leka selalu. ermmmmmm

24.2.14

Relakan jiwa

"Ku relakan jiwa
tuk menjadi penghuni dalam sangkar hati mu...."

rela.

21.2.14

Bebal

Ada seorang gadis ini
Gadis genit biasa
Yang selalu syok sendiri. HAHAHA

Ada seorang gadis ini
Kepalanya pusing
Pusing bila setiap perkara salahnya diri sendiri

Ada seorang gadis ini
Ego Ego Ego

9.1.14

tunang <3

lama sudah aku tidak mencoret. last updated pun bulan lepas.

anyway penghujung 2013 ditutup dengan majlis pertunangan aku yg serba ringkas....ringkas seringkasnya Alhamdulillah

penyatuan dua buah keluarga di teratak kami pada 08122013 telah menukar status kami berdua

Alhamdulillah. Alhamdulillah

Semoga Allah mudahkan jalan kami untuk halalkan cinta ini.

Allah.
aku damba redhaMu