27.3.13

Harapan

Aku tidak mahu beri harapan,
tapi aku mengharap pada dia.

aku takut aku menunggu benda yang bukan kepunyaan. akhirnya aku rugi masa.
aku takut aku lepaskan yang sepatutnya jadi milikku, akhirnya aku rugi masa depan.

aku duduk termangu
aku berfikir
kenapa?

sedang aku lupa

Allah ada
Allah pemegang hati dan masa depan
Allah mencorak menentukan
Allah punya cerita terbaik untukku
Allah menulis semuanya sejak azali lagi

jadi

tiada apa rasa rugi
tiada apa rasa sesal

yang ada hanyalah usaha dan tawakal kerana

Allah sebaik perancang. rancanganNya lebih hebat dari rancanganku  sendiri :)