24.6.13

kita

perbuatan kita

membaling diri ke api

perbuatan kita

menempah tiket ke lembah hina

perbuatan kita

mengundang murka Maha Kuasa

perbuatan kita

jijik pada mata mereka

dengar. perbuatan KITA

bukan saya sahaja
bukan kamu sahaja

tapi KITA

palit dosa

Allah
kesalan jenis apakah ini
kesalan tiada sedar
bila dosa diulang beberapa kali

saat Allah naikkan buku amalan lama
membuka buku baru
kenapa aku palitkan dosa

jangan kata kau tidak tau wahai nafsu!

kamu. ya! kamu yang saya maksudkan
saya tau kamu akan baca.

salah siapakah ini
jangan jariku menunding kepadamu
asasnya aku yang mulakan

*sedih*
*sesal*

benar.
aku jatuh jauh tersimpang

12.6.13

ubah

INGATLAH KATA-KATA INI :
"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.

Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan bandarku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "

Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

4.6.13

masih harap

jengah hari keempat tengah tahun

tiada khabar berita gembira lagi.
tapi aku perlu terus senyum.

punca. AKU
aku menggantung diri terlalu tinggi
jerat aku bina sendiri

dan aku jatuh memeluk impian dan harapan!


2.6.13

Kerabu Taugeh KerangKacangbotol

Bismillahirahmanirahim

Cuaca pagi yang tenang, buat otak logat fikir nak masak ape. Dicampur dengan perut bergelodak lagi ni kan kelaparan even dan menyumbat roti canai Pak Din dua keping tuuuu! Tangki ape ntah badan ni...hehe isi macam-macam mana tak kembang.....*buka pekung di dada lak*

Pikir punya pikir, capai kata sepakat masak lemak ikan jenahak dan kerabu taugeh...macam biasa la kan...lauk ni i pandai masak. haha....Yang lain masih dalam proses belajar dan belajar... Lalalala

KerabuTaugehKerangKacangBotol :)


Ok. Dah siap. hahahaha.....

1. Taugeh dibersihkan dan dibuang ekor yang berjuntai. hehehehe
Masa ni mood dan semangat kena tinggi menggunung....kalau tak memang bosan nak membuang ekor taugeh!

2. Kerang direbus........


3. Bawang besar, kacang botol, bunga kantan, cili padi....
Bahan-bahan ni dihiris halus dan kalau nak pedas leh xtrakan cili padi :)

4. Tomato dipotong dadu dan perahan air limau

5. Santan 4sudu besar... *kasi lemak-lemak masin gitooo*

6. Jangan lupa tambahkan kerisik..... Gaul semua bahan dan tambah garam dan perisa...... Dannnnnn SIAPPPPPPPPPPPPPPP! Melepsss sangat rasanya..simpan dalam peti sejuk sekejap dan makan dengan nasi panas...Ratah begitu pun sedap jugak dik nonnn



SELAMAT MENCUBA dan MERASA :)

setengah tahun

Bismillah
setengah tahun suka derita tutup cerita
yuk
buka perenggan baru
mula buku baru
wangi bau

mahu senyum sampai telinga
sampai hujung tahun

moga setengah tahun kedua ni
ada berita gembira berganda

usaha.doa.tawakal
kesayangan hamba
Nurul Dania Batriesyia - 5year
Nurul Dharwiena Basyirah - 1year

good luck sayang kakak ni...........banyak A  :)