31.5.13

tutup lima

penutup bulan kelima ini sangat suram
tiada senyuman nak diukir
harapan aku bina atas para rapuh
memang aku jatuh
teruk!

salah sendiri
terlalu cuba terbang tinggi
walaupun aku tau
jauh dilubuk hati
perkara itu susah mahu direaliti
untuk masa kini.

bukan aku minta intan emas permata
aku minta izin ibu dan bapa

jika wang jadi penghalang
kita cari
kita simpan

wang oh wang
apa kata kita bikin sederhana
asalkan kita tidak berzina

dan aku tau
aku sendiri yang kurang rasa malu
salah aku
aku akui itu

tutuplah bulan kelima ini dengan air mata

redha dan pasrah
Allah bina jalan yg terbaik buat hambanya
sabar
sabar
sabar
ada sebab lambat dan cepat
sabar dan faham

No comments:

Post a Comment