31.5.13

tutup lima

penutup bulan kelima ini sangat suram
tiada senyuman nak diukir
harapan aku bina atas para rapuh
memang aku jatuh
teruk!

salah sendiri
terlalu cuba terbang tinggi
walaupun aku tau
jauh dilubuk hati
perkara itu susah mahu direaliti
untuk masa kini.

bukan aku minta intan emas permata
aku minta izin ibu dan bapa

jika wang jadi penghalang
kita cari
kita simpan

wang oh wang
apa kata kita bikin sederhana
asalkan kita tidak berzina

dan aku tau
aku sendiri yang kurang rasa malu
salah aku
aku akui itu

tutuplah bulan kelima ini dengan air mata

redha dan pasrah
Allah bina jalan yg terbaik buat hambanya
sabar
sabar
sabar
ada sebab lambat dan cepat
sabar dan faham

himpunan mei 2013

ape kes himpunan.
nampak sangat malas dan kalau dikutkan yang sebenar2nya kekurangan masa nak dicuri.

mei ini bulan rahmat. tiap-tiap bulan pada aku Allah dah bagi rahmat :)

rahmat untuk kami sekeluarga.

rahmat dalam kesihatan
rahmat dalam pemberian rezeki
rahmat segala-galanya

aku himpunkan dalam bentuk imej
kerana penceriitaannya lebih subjektif
andaikan apa saja
aku aku bubuh caption supaya tak tersasar andai

Kelas KHB, inginkan kelainan untuk kelas hujung2 ni, aku buatkan amali masakan. Mencabar sebab pelajar kurang dengar kata...huhu..akhirnya, Alhamdulillah.....cikgu2 banyak membantu!!  :)

Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah....menjadi guru di sekolah tempat kita timba ilmu, semangatnya lain mcm :)

ni yaya punya projek..sempena Hari Jururawat. hehe

see............cream puff! memang sodappppppp  :P
bersama pelakon2 yg aku latih sempena Program Jati Diri....lakonan bertajuk 'Solat"...masih banyak yg boleh diperbaiki oleh aku!

steamboat laki bini. hehe...yaya n bahili yg pakar bikin ini...hehe

pic lame! bye

partner aku jadi guru.





ok! sekian *idea hilang*

menanti

cukup. janji

aku tunggu
saat bergerak makin pantas.
saat itu kerjanya tetap.

aku tunggu
mahu hentikan jarum jam
jangan gerak

aku tunggu

dia diam
diam bisu

tidur?
lupa?
penat?

aku?
positif.

diam dan malas

sudahnya harapan aku dulu tinggi setinggi
musnah rapuh
nipis senipis nipisnya...................................................................


koyak la hati

29.5.13

tunggu

satu dua tiga.
masa berjalan bukan lambat tapi semakin pantas
dan kamu

bertindak la.
apa lagi dalam fikiran
apa lagi dalam hati

masih ragu atau keliru

memiliki itu impian
usaha untuk memiliki??

jangan lambat kelak kamu melepas.

dan aku tunggu
aku bukan batu.

*tidak mahu memaksa dalam keadaan terpaksa*

biar semua dalam rela

Masa yang lapang jangan kau sia-siakan
Jangan sampai masa berlalu
dan kau duduk termenung


diam.

bisu.

tunggu.

5.5.13

Pilihan Raya Umum-13

Bismillahirahmanirahim....alhamdulillah

5hb Mei 2013 hari bersejarah dan hari penentu pembentukan negara Malaysia....Ya  Allah....lubuk hati membara mahu Islam bangun di bumi Malaysia......

tiada kata mahu lafaz, semoga kemenangan / kekalahan dalam kejujuran :)

seawal pagi bangun dengan azam undi aku InsyaAllah mampu mengubah segalanya dengan izin Allah.....pagi2 daddy dah siapkan sarapan untuk kami..menunya 'Nasi Goreng Sayur' + Telur Mata dan  Air Teh '0' Panas....Alhamdulillah kekenyangan dan  memerut.hahaha...

Sampai2 je memang Perghhhh! la kan..beratur punya la panjang...rasanya dah paling awal keluar sebelum pukul 8.....terbaik terbaik!






2.5.13

5's at Sembaka!

Assalamualaikum. Bismillahirahmanirahim

Pagi ni program bermula sebelum 7pagi..... what?? hehe...jangan la terkejut sangatkan..bangun pagi murah rezeki.

Solat, baca Al-Quran dan senyum :)

Ok2.....lupe pulak..pagi ni ada meeting PBS untuk semua guru2 di smk bandar baru batang kali (sembaka)
Alhamdulillah dah gosok baju malam tadi, kerja sikit-sikit sudah diselesaikan sebelum tugas betukar kepada empunya tugas.hehehe....

Ya Allah, akan merindui semua anak-anak ini

[gambar-gambar gotong royong 5s dengan anak murid 1Ehsan 2013] :)
Amirul Amin, Johan, Rasyidah dan Adhana sedang menjamu selera...gigih  I masak mehun goreng, sandwich telur dan air sirap..konyang anak2 i..hehe



Al-Amin yg sangat pemalu! ceh.



selesai bergotong royong dengan pelajar dan guru kelas sesi pagi...maklumlah share kelas.... :) sharing is caring...thankss semua

adhana last day......pindah ke Serendah :) bye2 adhana,  kami akan merindui.....rindu ke? ahaks..

1.5.13

Ya Allah
lama nya aku tinggalkan belog aku nie...aish! banyak sangat kerjanya. maklumalah sekarang ni kan dah jadi guru ganti kat smk bandar baru batang kali...masuk2 je kerja dah kena handle persembahan lakonan untuk program jati diri. YA Allah mana nak cari  pelakon,  skrip lagi....fuhhhhhh...

fenin (**)/

soal  hubungan. erm. susahnya nak percaya dengan seseorang  setelah kepercayaan dirobek.
what u give u get back!
salah aku ke? salah dia ke? atau salah kami.  erm.

jenuh kalau nak tunding jari. diam. diam. diam

kekadang MALAS berfikir. biar otak beku dalam soal ini.

*tujuan aku bina keluarga Islam*
retak hati makin hari halus