28.3.13

Resepi Mini Egg Tart

Bismillahirahmanirahim

Aku bukan seorang yang suka pada kerja remeh-temeh ni. Nak buat biskut ciconet-ciconet memang tidak la..aku suka biskut yang gentel bulat-bulat pastu tekan dengan garpu! bakar, siap. senang kan.hehe...

sebab tu excited aku lebih tinggi buat kek dari buat biskut. :)

pendek cerita nak share resepi sebenarnya..hehe

mula2 bahan nak buat kulitnya dulu...(shell)

125g butter (lebih sedap guna buttercup)
165g gula icing
250g tepung gandum (seeloknya diayakkan)
1biji telur kuning
1/2biji telur putih
esen vanila

pukul butter bersama gula icing hingga sebati kemudian masukkan telur dan esen vanila......last sekali masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh (part uli ni sebaik2nya gunalah tangan baru rasa meresap..  :) )

pastu bahan nak buat kastard telur pulak..so simple je tau

280ml susu segar (boleh digantikan dengan susu cair)
150g castor sugar
4biji telur
1sudu besar tepung kastard
esen vanila

masakkan susu segar bersama dengan castor sugar....kemudian ketepikan dan biarkan sejuk..sambil-sambil tu pukul telur (jangan terlalu kembang, sebab taknak topping tart menggelembung) masukkan susu yang disejukkan tadi dan esen vanila..akhir sekali masukkan tepung kastard... siap...

dan siap..eh x siap lagi...seterusnya step by step by picture.. *malas nak menaip*
rupenye selepas diuli.....*retak*

gentel bulat dan masukkan dalam acuan..tekan tengah dan ratakan keliling,  pastikan shell tidak terlalu tebal/nipis..
tekan tekan

sudah siapp...hehehe

masukkan kastard telur...tips*tunggu oven panas betul2 baru tuangkan  kastard dan maskkan dalam oven, jangan  tuang kastard awal2...nanti kembang shell...

bakar. panas.



siap sudahhhhhhhhhhhhh! Alhamdulllah menjadi :) biarkan sejuk sebelum  keluarkan dari acuan

gigit!



Info:
-Adunan ni mampu menghasilkan 60-70 ketul mini egg tart (pastikan acuan yang mini ye)
-Ketika membakar, nampak je kastard menggelembung terus keluarkan egg tart dari oven.....

selamat mencuba


No comments:

Post a Comment