18.5.12

Kalam Suci

Alhamdullilah. Hari ni aku bermula dengan penuh semangat. Lebih awal dari biasa. Maklumlah, hari ni ada kelas mengaji Al-Quran...Dah lama aku tangguhkan niat aku nak belajar Al-Quran. Kata orang lebih baik belajar Al-Quran dengan berguru supaya dapat memperbetulkan bacaan kita. 

Masa mula² sampai, aku nampak beberapa orang anak murid aku ada sekali dalam kelas mengaji tu...*malu* itu perasaan aku mula²....tp cepat² aku ubah bahawa untuk menuntut ilmu tidak kira pangkat, usia, darjat seseorang asalkan ada niat nak menuntut ilmu...Nak-nak pulak ilmu agama macam nie kan

Jadi, lepas pergi kelas mengaji, Ya Allah, sungguh aku syahdu....! Kalam Allah paling suci di muka bumi ini, aku lihat dengan bergenang air mata. Lidah kelu. Terangkak-rangkak membaca. Bacaan ada salah here and there.....  Rasa kerdil berdepan dengan mereka² yang lancar membaca.

dan aku ditemukan dengan tulisan oleh ENGKIZAR SIQ. SPd.I

Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada orang lain.          (Riwayat Bukhari)



*aku tidak mahu berjanji, tapi aku mahu usaha untuk memperbaiki bacaan aku sementara Allah masih mengizikan aku berada dibumiNya ini...dan saya menyeru kepada semua rakan² saya, janganlah terlalu sibuk mengejar ilmu dunia sehingga ketepikan ilmu akhirat ye!

No comments:

Post a Comment