11.5.12

Allah Murka

Malam yang semakin gelap. aku masih termenung melihat papan skrin yang aku lihat masih kosong. Permainan didalamnya membuat ia bergolak. Lantas aku membenam fikiran terus melayang! Dosa. Allah. Itu masih aku ingat namun diluputkan. seakan-akan angin yang lalu tanpa rasa apa. Angin kuat! Sekuat ia. Tak sekuat kuasa Ilahi

Atasnya aku cuba labuhkan tubuh. cuba untuk lelap, tidak mahu terlepas subuh! hitam hati bila mahu sembuh. kekadang tersadung kekadang teguh. kekadang kuat kekadang rapuh!

seriusnya aku kesal. yang dihujungnya baru kuat terasa. sesal aku tidak berkesudahan! Bila semuanya akan berakhir.

Allah. masihkah sudi terima doaku. layakkah aku memijak bumiMu ini. Bukakanlah pintu hati ku!

No comments:

Post a Comment