18.5.12

Kalam Suci

Alhamdullilah. Hari ni aku bermula dengan penuh semangat. Lebih awal dari biasa. Maklumlah, hari ni ada kelas mengaji Al-Quran...Dah lama aku tangguhkan niat aku nak belajar Al-Quran. Kata orang lebih baik belajar Al-Quran dengan berguru supaya dapat memperbetulkan bacaan kita. 

Masa mula² sampai, aku nampak beberapa orang anak murid aku ada sekali dalam kelas mengaji tu...*malu* itu perasaan aku mula²....tp cepat² aku ubah bahawa untuk menuntut ilmu tidak kira pangkat, usia, darjat seseorang asalkan ada niat nak menuntut ilmu...Nak-nak pulak ilmu agama macam nie kan

Jadi, lepas pergi kelas mengaji, Ya Allah, sungguh aku syahdu....! Kalam Allah paling suci di muka bumi ini, aku lihat dengan bergenang air mata. Lidah kelu. Terangkak-rangkak membaca. Bacaan ada salah here and there.....  Rasa kerdil berdepan dengan mereka² yang lancar membaca.

dan aku ditemukan dengan tulisan oleh ENGKIZAR SIQ. SPd.I

Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada orang lain.          (Riwayat Bukhari)



*aku tidak mahu berjanji, tapi aku mahu usaha untuk memperbaiki bacaan aku sementara Allah masih mengizikan aku berada dibumiNya ini...dan saya menyeru kepada semua rakan² saya, janganlah terlalu sibuk mengejar ilmu dunia sehingga ketepikan ilmu akhirat ye!

16.5.12

Kek Lapis Asam Bonda

Bismillah.....amek gambar ni lama dah masa hari raya tahun 2011.....menu utama yang mesti ada meja tiap kali raya, KEK LAPIS ASAM BONDA...paling mudah nak buat. paling sedap. paling dan paling paling lama bertahan..Inilah keistimewaan negeri kenyalang, KEK LAPIS....kalau buat betul2 dengan bahan yang berkualiti paling 'koman' boleh tahan hampir 1/2 tahun. Tapi kene simpan dalam peti ais la..baru la tak berkulat. Kata orang lagi lama simpan, lagi sedap. Meresap-resap rasa asamnya tu... hehe...Walaweyh!

*kurang sikit idea nak menulis,  jadi moh saya hamparkan gegambar untuk tatapan pembaca......[macam normala samsudin lak. hehehehe]

















#selamat mencuba ye kawan² semua   :)

15.5.12

SAYA SUKA SEGMEN MIMI .




Ouch!  budak kecik ni memang aku tabik! blog sungguh catchy!   =)


jom terjah blog mimi 

14.5.12

Cream Crackers Cheese Cake

Bismillah.
Dah habis cheese cakenye baru ada mood nak update resepi..boleh jadi kemalasan lak dua tiga hari ni. OK.....resepi ni diselongkar oleh si bonda di blog ini.. Masa mula-mula tengok tu terus meleleh ayaq liuq...tak tertahan tangan terus mencapai pen ngan kertas...coret-coret, dihitung-hitung, OK fine...bahan tak mahal...apa lagi, esoknye rajin je kaki ke kedai kek beli barang2...dan saya persembahkan cara-cara buat ngan hasilnya mcm mane ye  =)




*tertinggal sesuatu. hehehe....JANGAN LUPA MASUKKAN DUA SUDU SUSU PEKAT YE..... kalau nak manis buh la 3sudu...tp 2sudu tu dah cukup dah..JUST NICE :)








#selamat mencuba....memang sodap!

11.5.12

Allah Murka

Malam yang semakin gelap. aku masih termenung melihat papan skrin yang aku lihat masih kosong. Permainan didalamnya membuat ia bergolak. Lantas aku membenam fikiran terus melayang! Dosa. Allah. Itu masih aku ingat namun diluputkan. seakan-akan angin yang lalu tanpa rasa apa. Angin kuat! Sekuat ia. Tak sekuat kuasa Ilahi

Atasnya aku cuba labuhkan tubuh. cuba untuk lelap, tidak mahu terlepas subuh! hitam hati bila mahu sembuh. kekadang tersadung kekadang teguh. kekadang kuat kekadang rapuh!

seriusnya aku kesal. yang dihujungnya baru kuat terasa. sesal aku tidak berkesudahan! Bila semuanya akan berakhir.

Allah. masihkah sudi terima doaku. layakkah aku memijak bumiMu ini. Bukakanlah pintu hati ku!

8.5.12

suri rumah

Bismillah

Ouch!
Menjadi surirumah
bukan satu kerja yang mudah
tekunnya setia tidak pernah lelah
lalu jika difikir makin bertambah


Ouch!
Menjadi surirumah
ada yang fikir kerjanya enteng
bangun pagi masak malam tidur lena
itu bayangan bagi mereka yang kerja
bayangan bagi mereka yang berbeza jantina 


Ouch!
Menjadi surirumah
kalau dihitung tiada henti
kalau dibilang jadi gila seketika
tapi kalau dibentang beribu pahala
jika tiada keluhan keluar di bibir

 

jaganya yang paling awal. lenanya yang paling akhir.
mimpinya sekejap-kejap

6.5.12

L O V E

JODOH
mencari tapi sembunyi
ingin dan berdoa
semoga aku mampu jadi yang terbaik
sebelum aku inginkan yang terbaik dalam kalangan muslim di muka bumi Allah

impian aku ingin bina sebuah keluarga yang penuh warna-warni
yang penuh kasih-sayang dan cinta
bukan sekadar tuntutan akal mahu yang nyata


2.5.12

.......

Alhamdullilah

tak putus-putus rezeki Allah