28.12.12

lena

Bismillahirahmanirahim

Pagi-pagi memang tak nampak matahari terbit. Kalau bangun pun sudah separuh!
Astaghfirullah.

Mana hilang semua kata semangat yang aku susun malam sebelum lena
Mana hilang iman yang kau kumpul sebelum lena
Mana hilang !

Salah diri bukan salah siapa

<3 teh

27.12.12

Sepi

Bismilllahirahmanirahim.

Alhamdulillah. penghujung tahun masih lagi segar diri luaran. tapi dalaman masih kosong.

Ya Allah, aku abaikan banyak benda. banyak sangat aku buat lepas tangan tanpa peduli

Allah peduli akan permintaan aku, tapi aku......kurang taat pada perintah Ilahi.

Mana hilang nilai Islam dalam diri ini...

Berjanji susun bagai air mengalir tapi laksana hilang ditiup angin....

Adakala iman duduk atas puncak...

Ada masa jatuh terjelupuk bawah tanah...

Benar, aku manusia alpa....

Tapi, kalau buat2 alpa, APAKAH?

Allah, terima taubatku.

10.12.12

Menjelang walimatul urus

Bismillah.......

Semalam last day keje. Memang bersorak sakan la kan..Mane taknye..Baru la rasa masa tu luas nak buat persediaan Walimah kembar aku nie ha....waduh2.....capek bangat seh! *campuran sikit

Pagi2 je dah bangun sarap n menjelajah sekitar batang kali untuk mengedar kad...seminggu je lagi...baru nak menjemput. hehe...ramai jugak la jiran2 menunggu...takut sangat kami ni tak menjemput...

Pastu mengemas rumah macam nak pengsan. memang penat giler. naseb baek diberi ruang untuk update diari maya nie...

Nanti la sambung!

8.12.12

TerLaJaK.

Bismillah. Sabtu yang sungguh malang permulaannya. Bukan salah sesiapa sebab sedang belajar untuk membiasakan diri sendiri rasa  bersalah tanpa perlu tunding jari. kirenya nak jadi lebih tanggungjawab dengan diri sendiri la kan...Al-Maklumlah umur dah nak masuk dua lima tahun... banyak benda nak kene ubah slowly....disebabkan update guna fon, makanya ngak bisa pecahkan perenggan. Ohhhhhh! tulis dalam satu rangkap begini kene potong markah!!!!! tapi xpe.....today sepatutnya aku kene masuk keje 9am tapiiiiiii bangun pun 9:15am......sooooooo teruk la kannn....kelam kabut ribut kalut siapkan diri.....yang penting mandi.gosokgigi. biarlah masuk lambat sikit pun...kepala memang kosong giler....apa nak jadi...apa nak jadi ...*joget lambak s.m salim kejap......and now i feel more better sebab dh motivasikan diri sendiri...tp kena hukum diri sendiri jugak sebab dh buat kesalahan bangun lambat.....denda masih dlm fikiran....any suggestion????         teh <3

7.12.12

tambah.ve

Bismillah. Hari ni memang membosankan....dah la besok kene kerja...oh! no. esok langsung takde kelas. tapi kene mai gak keje....sudahnya nanti, aku tengok muka kau n kau tengok muka aku kannnnnsss......tapi...tapi......kalau daripada aspek motivasi, apa yang kita fikir, itulah yg kita rasa dan itu yg kita dapat...so, kene selalu think positive....u can do it teh...kau kene positive dan dpt positive rasa positive..........

2.12.12

bulan disember

Bismillahirahmannirahim. Cukup kuat ujian Allah.

27.11.12

berkali ku mencuba

Bismillah. aku ini insan yang tiap kali berdoa agar diampunkan dosaku. berkali juga aku tidak dapat menolak apa ujian yang mendatang. berkali juga aku tersungkur sedang aku tahu ianya berdosa. Ya Allah. bersihkan hatiku. kuatkan imanku.tetapkan pendirianku.

26.11.12

Bismillah.  Malam ni aku rasa lain pulak. erm. Mungkin ni semua salah aku sendiri. Ye, setiap ibu mahukan anak lakukan yang terbaik. Mungkin cara teguran itu buat aku rasa sedikit tertekan.Ya Allah. berdosakah aku? Berdiam diri itu lebih baik dari melawan kata.

29.10.12

Maggi Kari Sotong

Bismillah

Hari Isnin, hari motivasi bagi aku. Alhamdulillah. Hingga saat ini apa yang dirancang, semuanya berjalan dengan baik. :)

#Bangun awal. awal ke? awal jugak la sebab hari ni pun aku ABC lagi so bila bangun 8:30am itu masih boleh dimaafkan kot. hehehe
#Terus mengemas dan mengemas. Mengelap, mengemop, mengalih, menyapu...semua sekali la....
#Hari ni aku rancang nak jahit bantal. Yes, siap jugak bantal walaupun simple !

ini gambar masa baru nak start ! yg dh siap jahit nnt la aku upload. hehehe



dan hari ini penuh dengan kelaparan
bila lapar tapi badan malas
satu je penyelesaiannya.........MAGGI !

sebelum
SELEPAS!  Yummmy


senang.cepat.sedap *moto makan maggi nie! hehe....walaupunnnnnnnnnnn side effect agak membahayakan lah...so, kene kurangkan la jugak. takleh makan selalu.

=)

28.10.12

Petang

Assalamualaikum

Apelah nak dibikinnye petang2 nie kan..nak makan, kenyang! nak tido, sembam! jenuh la gitoo
Nak masak cikodok, bilis xde!
Nak masak lempeng, idea xde!

Nampak x permainan kemalasan disitu. arghhhhhh!


*entry bosan.

21.10.12

nikmat

Assalamualaikum

NIKMAT

selalu leka dengan nikmat bila sampai masa nikmat ditarik perlahan, baru tau erti SYUKUR

20.10.12

Job Vacancy

Assalamualaikum

Lamanya nak tunggu posting nie. Macam tak nampak cahaya untuk dipanggil temuduga. Berbulan lagi jauhnya. Terpaksa tunggu dan tunggu.

Kene cari kerja lain la gamaknya.
Kene cari kerja lain la gamaknya.
Kene cari kerja lain la gamaknya.

3x ulang maksudnya kene mencari. Kata orang tulis n cakap je x guna. At least bergerak dengan tindakan. Huk2

13.10.12

Sabtu

Assalamualaikum

Pagi sabtu ni hujan turun dengan petanda langit mendung. Subhanallah. Indah sungguh. Pagi mendung betul buat2 aku rasa lebih segar. :)

9.9.12

diri dan mereka

Assalamualaikum

ada ketika mahu tenang. mudah je......jangan berada dalam keadaan tertekan!

6.9.12

semalaman

Ya Allah.
malam ini aku tidur dalam tangisan penuh penyesalan. permainan wayang dosa-dosa lalu tidak pernah berhenti bermain di depan mata. Allah, sungguh aku malu padaMu Ya Allah....sedang aku leka, Kau masih benarkan jasad ini terus segar berada dimuka bumi yang nyata milikMu.....

Ya Allah.
sungguh zikirMu bikin hati sayu, syahdu!

*sedang yang lain lena, aku masih lagi menghitung hari.

18.5.12

Kalam Suci

Alhamdullilah. Hari ni aku bermula dengan penuh semangat. Lebih awal dari biasa. Maklumlah, hari ni ada kelas mengaji Al-Quran...Dah lama aku tangguhkan niat aku nak belajar Al-Quran. Kata orang lebih baik belajar Al-Quran dengan berguru supaya dapat memperbetulkan bacaan kita. 

Masa mula² sampai, aku nampak beberapa orang anak murid aku ada sekali dalam kelas mengaji tu...*malu* itu perasaan aku mula²....tp cepat² aku ubah bahawa untuk menuntut ilmu tidak kira pangkat, usia, darjat seseorang asalkan ada niat nak menuntut ilmu...Nak-nak pulak ilmu agama macam nie kan

Jadi, lepas pergi kelas mengaji, Ya Allah, sungguh aku syahdu....! Kalam Allah paling suci di muka bumi ini, aku lihat dengan bergenang air mata. Lidah kelu. Terangkak-rangkak membaca. Bacaan ada salah here and there.....  Rasa kerdil berdepan dengan mereka² yang lancar membaca.

dan aku ditemukan dengan tulisan oleh ENGKIZAR SIQ. SPd.I

Orang yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara kamu semua ialah orang yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada orang lain.          (Riwayat Bukhari)



*aku tidak mahu berjanji, tapi aku mahu usaha untuk memperbaiki bacaan aku sementara Allah masih mengizikan aku berada dibumiNya ini...dan saya menyeru kepada semua rakan² saya, janganlah terlalu sibuk mengejar ilmu dunia sehingga ketepikan ilmu akhirat ye!

16.5.12

Kek Lapis Asam Bonda

Bismillah.....amek gambar ni lama dah masa hari raya tahun 2011.....menu utama yang mesti ada meja tiap kali raya, KEK LAPIS ASAM BONDA...paling mudah nak buat. paling sedap. paling dan paling paling lama bertahan..Inilah keistimewaan negeri kenyalang, KEK LAPIS....kalau buat betul2 dengan bahan yang berkualiti paling 'koman' boleh tahan hampir 1/2 tahun. Tapi kene simpan dalam peti ais la..baru la tak berkulat. Kata orang lagi lama simpan, lagi sedap. Meresap-resap rasa asamnya tu... hehe...Walaweyh!

*kurang sikit idea nak menulis,  jadi moh saya hamparkan gegambar untuk tatapan pembaca......[macam normala samsudin lak. hehehehe]

















#selamat mencuba ye kawan² semua   :)

15.5.12

SAYA SUKA SEGMEN MIMI .




Ouch!  budak kecik ni memang aku tabik! blog sungguh catchy!   =)


jom terjah blog mimi 

14.5.12

Cream Crackers Cheese Cake

Bismillah.
Dah habis cheese cakenye baru ada mood nak update resepi..boleh jadi kemalasan lak dua tiga hari ni. OK.....resepi ni diselongkar oleh si bonda di blog ini.. Masa mula-mula tengok tu terus meleleh ayaq liuq...tak tertahan tangan terus mencapai pen ngan kertas...coret-coret, dihitung-hitung, OK fine...bahan tak mahal...apa lagi, esoknye rajin je kaki ke kedai kek beli barang2...dan saya persembahkan cara-cara buat ngan hasilnya mcm mane ye  =)




*tertinggal sesuatu. hehehe....JANGAN LUPA MASUKKAN DUA SUDU SUSU PEKAT YE..... kalau nak manis buh la 3sudu...tp 2sudu tu dah cukup dah..JUST NICE :)








#selamat mencuba....memang sodap!

11.5.12

Allah Murka

Malam yang semakin gelap. aku masih termenung melihat papan skrin yang aku lihat masih kosong. Permainan didalamnya membuat ia bergolak. Lantas aku membenam fikiran terus melayang! Dosa. Allah. Itu masih aku ingat namun diluputkan. seakan-akan angin yang lalu tanpa rasa apa. Angin kuat! Sekuat ia. Tak sekuat kuasa Ilahi

Atasnya aku cuba labuhkan tubuh. cuba untuk lelap, tidak mahu terlepas subuh! hitam hati bila mahu sembuh. kekadang tersadung kekadang teguh. kekadang kuat kekadang rapuh!

seriusnya aku kesal. yang dihujungnya baru kuat terasa. sesal aku tidak berkesudahan! Bila semuanya akan berakhir.

Allah. masihkah sudi terima doaku. layakkah aku memijak bumiMu ini. Bukakanlah pintu hati ku!

8.5.12

suri rumah

Bismillah

Ouch!
Menjadi surirumah
bukan satu kerja yang mudah
tekunnya setia tidak pernah lelah
lalu jika difikir makin bertambah


Ouch!
Menjadi surirumah
ada yang fikir kerjanya enteng
bangun pagi masak malam tidur lena
itu bayangan bagi mereka yang kerja
bayangan bagi mereka yang berbeza jantina 


Ouch!
Menjadi surirumah
kalau dihitung tiada henti
kalau dibilang jadi gila seketika
tapi kalau dibentang beribu pahala
jika tiada keluhan keluar di bibir

 

jaganya yang paling awal. lenanya yang paling akhir.
mimpinya sekejap-kejap

6.5.12

L O V E

JODOH
mencari tapi sembunyi
ingin dan berdoa
semoga aku mampu jadi yang terbaik
sebelum aku inginkan yang terbaik dalam kalangan muslim di muka bumi Allah

impian aku ingin bina sebuah keluarga yang penuh warna-warni
yang penuh kasih-sayang dan cinta
bukan sekadar tuntutan akal mahu yang nyata


2.5.12

.......

Alhamdullilah

tak putus-putus rezeki Allah


30.4.12

hujung april

Bismillah

bulan ini benar-benar menguji tahap keimana aku sebagai insan Islam.
sungguh bukan mudah mahu menerima sesuatu yang kau inginkan akhirnya ditarik dengan begitu tiba-tiba tanpa ada siapa yang tahu agenda disebalik ceritera.

kesabaran dan redha
hingga kesemua yang ada disekitar membina keyakinan
rezeki Allah itu luas.

14.4.12

dingin

puncak malam ini dingin.
menung
pikir apa akan jadi dua saat kemudian
masih menulis tanpa henti.

sia-sia 
tidak punya tajuk
cuma leka dengan perasaan 
yang adakalanya begitu rapuh

13.4.12

E M P T Y

(T T)


kau berbisik atau berdesing 
di  telinga kiri dan kanan aku
jalan terbaik adalah mendiamkan diri

6.4.12

3's

Bismillah.

caj bateri positif banyak-banyak dalam diri.
itu yang penting sebenarnya.
bangun AWAL pagi itu juga sudah petanda positif. diikuti dengan rentetan yang positif. cepat-cepat ucap Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk melakukan perkara positif.

Allah.

Maha Besar

Maha Pengampun

Lindungilah aku.

 

 

30.3.12

cikgu

bismillah

menjadi seorang guru itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan
jika hasilnya seperti apa yang kita sekarang ini
anak muda yang gemar berpeleseran.

hormat itu sudah jatuh di tapak kaki.
lalu tangan guru terbang melayang. salah siapa?
salah ibubapa
salah makan
salah didikan
salah sendiri
salah pemimpin
salah silibus pengajaran
salah masyarakat
salah kawasan
salah teknologi

aduh, jika mahu disenaraikan terlalu tebal isi kandungannya. Hmmm. hingga sampai satu tahap, makan gaji buta melayan anak-anak sekarang ini.

guru sabar besar ganjarannya

..............

17.3.12

buku.

sedang cuba menguruskan kehidupan ini.

ini buku yang bagi semangat kat aku setakat ini.

mahu cuba satu persatu

#semogaAllahpermudahkanurusanku.Amin

16.3.12

berubah

tiada tindakan

manusia bodoh

14.3.12

jenuh aku berkata tapi tidak bersuara
tiada siapa mahu mendengar apatah lagi mehu menoleh
mulut ini sudah bacul berkata
namun masih tiada lagi suara
aksara itu sudah jenuh aku susun

6.2.12

yang kedua

Bismillah.

Kedua kali ini lebih baik. Rezeki Allah tidak pernah putus, kita kene usaha mencari mana letaknya rezeki. Solat jangan sesekali tinggal. Itu keberkatannya.

28.1.12

tambah angka!

2012
tambahan

tahun baru!
tiada apa yang nak diceritakan.
semuanya bermula bila aku sudah bersedia.