10.6.11

dugaan Allah semanis pembalasannya

As salam.
Dugaan Allah bagi sangat pedih untuk aku terima. Namun aku terima sebab Allah berjanji untuk memberi dugaan kepada hambaNya setakat kemampuan yang ditanggung oleh hambaNya. InsyaAllah. Aku memandang dugaan ini sebagai satu pembalasan yang manis bakal aku terima. Aku redha.

Segala jasa, penat lelah, susah payah yang diberikan kepada mereka, aku mampu berdoa Allah yang mampu membalas jasa mereka. Sungguh aku memang tak mampu nak balas segala jasa mereka. Aku hanya mampu berdoa, dan berkelakuan yang baik sepanjang di bawah jagaan mereka. InsyaAllah.

Sejak dua menjak ni kan *ayat johan* hehe, penulisan aku agak Islamik sikit. Alhamdullilah. Sape je nak bace. Aku je lah yang bace. hehe

OK. sudah mahu Maghrib, yuk bersedia mahu Maghrib ye.
= p

Sepuluhjunsebelas

As salam
Tinggal beberapa hari je lagi nak start praktikal. Serius perasaan ini bermacam2. Nervous, takut, gementar (OK. semua nak same maksud je). Dari mana nak bermula. Aiyooo. Memang kalut sungguh

Aku skang ni tengah belajar agama dengan perlahan. InsyaAllah. Semoga doa aku diperkenankan Ilahi. Aku mahu menjadi seorang anak yang baik. Aku mahu menjadi umat Islam yang berjaya. Aku mahu mencuba dan terus maintain kan graph.

Tetapi, alangkah mudah sebagai seorang umat Islam hati ini disuntik bisikan syaitan. Sesaat beristighfar, sesaat lagi sudah berdosa hati. MasyaAllah

Solat mahu dilengkapkan. Al-Quran mahu menjadi basah lidah. Zikir jadi peneman. InsyaAllah, semua menjadi pendinding kepada kejayaan. Doa ibubapa juga ^^