28.3.11

aku mahu pulang

As salam
Sedang mengemas mahu pulang. Last balik raya cina. Makna nya dah sebulan lebih memerah otak di Bumi Sintok ni. dah bermacam-macam situasi aku harungi. Alhamdullilah semua berjalan lancar dan dipermudahkan.
Seminggu bukan satu tempoh yang lama. Singkat sangat nak mencurah rindu kepada keluarga tersayang. ♥

Sungguhpun begitu, aku masih pasti akak merindui kawan-kawan (eh, aku balik kejap je lah !)
Rabu dan khamis. Kelas yang sungguh aktif.
Tapi makin lama aku duduk di sini makin tekanan. Kebanyakkan situasi aku sentiasa berada di tengah-tengah. Jarang sekali aku berada di pihak benar mahupun pihak salah. Tengah itu lebih tekanan. Sebab ada dua pilihan !

Pilihan dalam hidup kekadang silap. Kekadang betul. Cuma masih lemah untuk menilai sejauh mana kebetulan pilihan itu.

Mengambil keputusan untuk menggapai cinta Ilahi sebelum aku jatuh pada cinta insani.
Kerana aku sedar cinta Ilahi membawa aku kepada pilihan yang tepat. Cinta Ilahi juga yang membantu aku di akhirat.
Cinta Ilahi mampu memimpin aku ke jalan yang lurus. Cinta Ilahi juga mampu membawa aku kepada pencinta Ilahi.

Nauzubiilah. Betapa besar dosaku padaMu. Betapa jauh aku tersasar dari jalanMu....

Semoga Allah masih kuatkan Iman aku untuk membuat keputusan.
Kemurkaan Allah aku mengambil kira sebelum aku mengambil kemurkaan hambaNya
Kedukaan Allah aku mengambil kira sebelum aku mengambil kedukaan hambaNya

Semoga Allah tetapkan pendirian ku. Semoga Allah masih menerima taubatku. Semoga Allah masih kasih pada aku. Semoga Allah masih sudi berada di sisi aku. Semoga Allah masih mahu mendengar setiap hela kecewa ku

Aku yakin Allah kasih pada ku kerana Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengasih

.

Amin

Allah Yang Esa

-Semoga mereka mengucap Alhamdullilah melihat setiap perubahan yang baik-