23.3.11

epilog 1 : Minggu orientasi

Menyimpan seribu kenangan tatkala mengetahui diri genit ini masih ada tempat untuk jejak kaki ke menara gading. ayat biar poyo kekadang .

29jun2008.

tiga hari selepas meningkat usia ke-20 tahun. Masih ingat lagi waktu itu. Pagi itu. Kaki secara rasmi jejak ke Lembah Sintok ini. (mesti la kaki jejak, tak kan kepala jejak plak. Aiyooo. Budaya apekah itu )

Berkurung merah jambu terang pekat. Ber-enam sahaja.
Sayu. Sadih. Serius gembira. 1001 perasaan.

Sampai sahaja awal pagi. taknak bersesak katanya.
Perut buat-buat tanda mahu diisi. tapi tak lalu makan.
ramai sangat ketika itu.
Macam-macam ragam.
Macam-macam bahasa.
Macam-macam fesyen.

Macam ni ke mula-mula. Blur ! Tapi aku masih ingat lagi ketika itu . Aku tak seperti yang lain. Aku datang kosong tanpa ada apa-apa barang tambahan.
Haloooo ! Waktu tu pakai kain cadar takde getah. Saiz queen punye. Katil single ! giler berangan. hehe.
Tapi waktu tu aku akan ingat sampai bila-bila2.

Seminggu orientasi pelbagai.............kawan baru. cerita baru.

ber-LIMA. aku.ila.mini.ein.anis. MALL. ♥ korunk kalau tak ingat tak tahu lah. hehe.

rumate pertama ap2 210 YAB. terengganu mari maaaa !

orang @ kawan pertama di uum ni. mekpah ! kelate mari

sumber gambar : Local C > folder imej > sahabat

bayi itu anugerah Ilahi

as'salam.
kelam kabut nak siap kan kerja
masih mahu melihat kebesaran anugerah Ilahi.
Subhanallah. :)

Besar sungguh anugerah yang diberikan. Melihat dari pelbagai sudut
atas bawah kiri kanan depan belakang
semua nya anugerah

Jadi, untuk apa mahu hidup dalam kekecewaan dan kekalutan.
rileks . tarik nafas. diam. hembus perlahan.
Nafas itu juga anugerah. See. tak leh lari dari anugerahNya.

Jangan lupa solat. Berzikir.
Subhanaallah, Alhamdullilah, Allahuakhbar

Ringkas tapi padat. Percayalah keajaiban Ilahi

bayi anugerah Ilahi. 'buku' untuk ibubapa tulis segala ILMU kehidupan