8.8.11

Nikmat Ramadhan

As salam
Ya Allah, Alhamdullilah segala puji bagi diriMu Ya Allah
Masih lagi aku mampu menghirup terik ramadhan kali ini. Masih lagi tubuh ini tegar berpuasa dengan lebih baik bulan mulia ini

Syukur Ya Allah, dikurniakan satu bulan untuk ketenangan. Dikurniakan satu bulan penuh kerahmatan.
Aku syukur aku punya kesedaran yang dikau kurniakan
untuk bersujud kepadaMu dalam keadaan senang mahupun sukar
masih mampu lidah lafaz zikir setiap masa

belum pernah aku setenang ini. Ini bahagia yang aku cari selama ini
Ini jawapan kepada petunjuk selama ini Ya Allah
Ini lah jawapan yang aku cari.

Tetapkan iman aku supaya kekal begini hingga aku putus nyawa Ya Allah
aku mohon kepadaMu supaya aku cekal menghadapai dugaan dan setiap ujianMu Ya Allah.