25.6.11

ahad dua puluh enam enam

As salam
Alhamdullilah, usia kini menjangkau 23tahun. Alhamdullilah ya Allah, masih lagi aku ini bernafas untuk berbakti di bumi Mu ini

aku kini rasa syukur kerana dengan usia 23tahun aku sudah hampir mencapai impian ku menjadi seorang guru. Walaupun belum confirm kerja lagi, aku semakin lihat cerah jalan masa depan aku di depan. Semoga impian ini aku tinggikan semangatnya. Semoga aku tidak tersungkur, jika jatuh aku mampu bangkit dengan semangat yang lebih waja!

usia 23tahun ini telah membina sesuatu dalam cara hidup aku. dengan lebih tenang. dengan lebih tabah. dengan lebih fokus terbuka dan taat kepadaMu Ya Allah

usia 23tahun ini juga aku mahu membina sesuatu yang dinamakan sesuatu diluar kotak akalku.  :)

usia 23tahun ini aku mahu melabuhkan hijabku
usia 23tahun ini aku mahu menjadi muslimah sejati
usia 23tahun ini aku mahu menangkis segala sikap burukku
usia 23tahun ini juga usia matangku meninggalkan segala keburukan.....

usia 23tahun ini aku sudah semakin berusia dewasa. Amin........

: : Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibubapaku dan dosa adikberadikku
    Ya Allah, Kau terangkanlah hatiku ini rapat kepadaMu.
    Ya Allah, Kau bersihkan hatiku ini untuk beribadat kepadaMU
    Ya Allah, Kau limpahkan kurniaan rezeki kepadaku....
    Ya Allah, Kau berkatikalah, redhakanlah setiap langkahku diatas hak Mu ini......
    Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang kerdil disisiMu......ini sahaja pintaku Ya Allah..Amin


its me lah  ♥

No comments:

Post a Comment