30.6.11

takdir dan jodoh

as salam
soal jodoh itu Allah sudah tulis siapa
soal takdir itu kita redha dengan ketentuanNya
InsyaAllah.

aku mahu sendiri. menyendiri. perbaiki diri
maaf kepada dia
sila jauh untuk menjaga!

25.6.11

ahad dua puluh enam enam

As salam
Alhamdullilah, usia kini menjangkau 23tahun. Alhamdullilah ya Allah, masih lagi aku ini bernafas untuk berbakti di bumi Mu ini

aku kini rasa syukur kerana dengan usia 23tahun aku sudah hampir mencapai impian ku menjadi seorang guru. Walaupun belum confirm kerja lagi, aku semakin lihat cerah jalan masa depan aku di depan. Semoga impian ini aku tinggikan semangatnya. Semoga aku tidak tersungkur, jika jatuh aku mampu bangkit dengan semangat yang lebih waja!

usia 23tahun ini telah membina sesuatu dalam cara hidup aku. dengan lebih tenang. dengan lebih tabah. dengan lebih fokus terbuka dan taat kepadaMu Ya Allah

usia 23tahun ini juga aku mahu membina sesuatu yang dinamakan sesuatu diluar kotak akalku.  :)

usia 23tahun ini aku mahu melabuhkan hijabku
usia 23tahun ini aku mahu menjadi muslimah sejati
usia 23tahun ini aku mahu menangkis segala sikap burukku
usia 23tahun ini juga usia matangku meninggalkan segala keburukan.....

usia 23tahun ini aku sudah semakin berusia dewasa. Amin........

: : Ya Allah, Kau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibubapaku dan dosa adikberadikku
    Ya Allah, Kau terangkanlah hatiku ini rapat kepadaMu.
    Ya Allah, Kau bersihkan hatiku ini untuk beribadat kepadaMU
    Ya Allah, Kau limpahkan kurniaan rezeki kepadaku....
    Ya Allah, Kau berkatikalah, redhakanlah setiap langkahku diatas hak Mu ini......
    Ya Allah, sesungguhnya aku hamba yang kerdil disisiMu......ini sahaja pintaku Ya Allah..Amin


its me lah  ♥

24.6.11

alhamdullilah

bila kau rasa kau seliuh, jangan mengeluh | Allah ada
bila kau rasa kau di atas, jangan riak | Allah ada
bila kau rasa kau sendiri, jangan menyepi | Allah ada
bila kau rasa kau begitu begini, jangan kau rasa kau tidak dihargai, disayangi kerna Allah sentiasa ada disisi kita.InsyaAllah

Berimanlah kepadaNya. Amin  :)

18.6.11

sahabat

as salam...
Ya Allah. sungguh dugaan bila dikirimkan sahabat sebegini rupa Ya Allah
Sungguh dugaan bila aku sendiri tidak mampu nak mengendalikannya
Sungguh dugaan bila keputusan aku terletak didalam hati dan bukannya di bibir

Ya Allah. aku mahu sahabat yang sama2 memotivasikan aku!
kurniakanlah insan itu kepada ku Ya Allah

result sem enam

as salam.
alhamdullilah. Syukur atas segala kepayahan dan dugaan sepanjang perjalanan lepas. Berbaloi balasan yang diterima. Sangat setimpal. Tahu takat mana kemampuan.....Jadi ini hasilnya

15.6.11

Panjatkan kesyukuran ^^

As salam
Alhamdullilah Ya Allah
segalanya berjalan dengan lancar. Sungguh aku bersyukur atas segala kurniaan rezeki ini.  :)

12.6.11

Ya Allah.

As salam
Mohon Allah s.w.t permudahkan segala urusan hambaMu ini ye. Ya Allah, aku benar2 marah. Ya Allah Kau Maha Mengetahui.

Ya Allah. Aku lemah kini. tapi aku tidak mahu lemah sebegini. Banyak lagi perlu aku tempuh Ya Allah. aku kene kuat. Takkan aku lemah dengan dia yang remeh temeh Ya Allah

Ya Allah
sahabat itu benar seperti minyak wangi. Haruman itu cermin baik buruk segalanya.

Ya Allah
dekatkan lah sahabat yang positif tingkah dan akalnya pemikiran kepadaku Ya Allah
aku mahu sama2 mereka memotivasikan diri.
aku ingin jauh dari orang yang NEGATIF!

11.6.11

permulaan praktikal

As salam
Hari ni bangun2 je terima mcj yang agak menyeliuhkan perasaan aku. Mana tak nye, bercongak2 ape pulak la yg akan berlaku hari ini.
Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun tersedu2. InsyaAllah akan cuba memotivasikan diri sendiri.

Cuma kesal sedikit dengan sikap. sikap dan sikap. Redha. =)

Layan MaharajaLawak macam nie la... Sengeh sengeh Sengeh
As salam
Tangan nie laju je nak menaip. Tidak tahu lah kenapa. Mungkin kerana tempat yang selesa. Idea yng mencurah ataupun faktor perut yang kekenyangan sederhana. *wah* bunyi seperti ayat novel kan. hehe. baru lepas membaca suku muka surat novel tajuk ape?? Sudah lupe pulekkkk.

Yang pasti hari ini walaupun sedikit seliuh, aku rasa syukur pada Ilahi atas kurniaan setiap inci kenikmatan yang diberi kepada hambanya. Alhamdulillah. Semoga aku tidak lagi lalai dan halfway seperti sebelum ini. Sudah letih mahu menulis sesuatu janji dihujung muka diari.

InsyaAllah. Aku mahu seperti seketika dahulu. Mummy dan Daddy senyum. Sudah cukup puas segala kepenatan untuk itu. Hehe.

:)

10.6.11

dugaan Allah semanis pembalasannya

As salam.
Dugaan Allah bagi sangat pedih untuk aku terima. Namun aku terima sebab Allah berjanji untuk memberi dugaan kepada hambaNya setakat kemampuan yang ditanggung oleh hambaNya. InsyaAllah. Aku memandang dugaan ini sebagai satu pembalasan yang manis bakal aku terima. Aku redha.

Segala jasa, penat lelah, susah payah yang diberikan kepada mereka, aku mampu berdoa Allah yang mampu membalas jasa mereka. Sungguh aku memang tak mampu nak balas segala jasa mereka. Aku hanya mampu berdoa, dan berkelakuan yang baik sepanjang di bawah jagaan mereka. InsyaAllah.

Sejak dua menjak ni kan *ayat johan* hehe, penulisan aku agak Islamik sikit. Alhamdullilah. Sape je nak bace. Aku je lah yang bace. hehe

OK. sudah mahu Maghrib, yuk bersedia mahu Maghrib ye.
= p

Sepuluhjunsebelas

As salam
Tinggal beberapa hari je lagi nak start praktikal. Serius perasaan ini bermacam2. Nervous, takut, gementar (OK. semua nak same maksud je). Dari mana nak bermula. Aiyooo. Memang kalut sungguh

Aku skang ni tengah belajar agama dengan perlahan. InsyaAllah. Semoga doa aku diperkenankan Ilahi. Aku mahu menjadi seorang anak yang baik. Aku mahu menjadi umat Islam yang berjaya. Aku mahu mencuba dan terus maintain kan graph.

Tetapi, alangkah mudah sebagai seorang umat Islam hati ini disuntik bisikan syaitan. Sesaat beristighfar, sesaat lagi sudah berdosa hati. MasyaAllah

Solat mahu dilengkapkan. Al-Quran mahu menjadi basah lidah. Zikir jadi peneman. InsyaAllah, semua menjadi pendinding kepada kejayaan. Doa ibubapa juga ^^

3.6.11

percutian dua minggu

As salam
percutian dua minggu ini sudah cukup membuat segala urat-urat ku kembali relaks.... Maksudnya relaks dari segala masalah yang bersarang di otak kepala! Serius 'rumahku syurgaku' hehehe. Relaks semahu-mahunya walaupun 'bertugas' sepenuh masa menjadi suri rumah! Aku suka kerja aku. Lalalalalala


it's me. edit by adik dieba!