6.5.11

hari ini kau datang riang

as salam
jumaat ini masih mahu menjengah dengan tenang
jumaat penghulu segala hari yang aku rasa bisa mendebarkan
saat ketika ini. keadaan bergolak ,
masih lagi mahu jumaat datang

bila Allah janjikan kiamat
usah dihitung beberapa kali lagi jumaat itu
kerna ia tetap menjadi rahsia Allah
usah kau ramal. kerana tanda-tanda itu sudah semakin jelas

bila jumaat ini masih menjelma
berzikir, berselawat, bertaubat
seakan-akan jumaat depan tidak lagi kelihatan

Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakhbar

Berselawat tanpa tunggu lidah kaku

jangan pernah lekang basah di bibir

No comments:

Post a Comment