20.5.11

teh is crying

As salam
Menjunjung kasihMu Ya Allah
kurniaan alam dan hati kecil ini pada semua hambaMu

Ya Allah
begitu besar ujianMu sejak akhir2 ini
benar-benar menguji tahap penantian, kesabaran, pemikiran, keputusan
segalanya bermain dalam serentak

Ya Allah
aku lemah lesu
aku tidak mampu menjawab
aku tidak mampu menjadi begitu begitu
aku hanya mampu diam
sehinggas situasi itu memijak2 aku

Ya Allah
aku tidak punya telinga lain mahu mendengar
aku tidak punya insan lain mahu meluah
tapi
aku punyaMu Ya Allah
sentiasa disisi hambaMu yang mendambakan Mu

Ya Allah 
sungguh manusia ini bermacam ragam
sungguh Ya Allah manusia ciptaanMu ini
untuk belajar memahami

Ya Allah
dengarlah rintihan ini
dengarlah keluhan ini
ringankan dan permudahkan segala Ya Allah

Ya Allah
ku mohon semoga ujian ini menjanjikan kebahagian di masa depan
semoga 'hujan' ini diganti dengan pelangi indah
semoga ujian ini mengukuhkan lagi imanku

Ya Allah
jangan kau jauh pada hambaMu ini
jangan Ya Allah

Ya Allah
aku memohon rahmat dan keberkatan
sepanjang aku menghela nafas
di atas bumi yang nyata kepunyaan Kau Ya Allah

Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim

Amin
-akhirnya Teh is Crying-

sob sob sob

source: Google Image

17.5.11

kosong

As salam
Jiwa kini tenang otak kosong!

bersatu di SINTOK

As salam
Setiap kali nak bukak entry pasti kering idea di sedut hangat! Jadi, bagaimana kan tidak sebaris backspace sebaris backspace. Huhu
Perlu untuk menulis sebab tidak mahu mati idea begitu sahaja
OK. direct to the point

Tarikh: 12.5.11-15.5.11
Sepanjang tempoh itu YAYA menginap di bumi Sintok untuk bergumbira! First time dia mai sini, begitu teruja sekeliling melihat. Femes sekejap.

Koleksi Gambaran Berdua

koleksi tp sekeping je. eheh. Lex LU !

9.5.11

tulisan dan tingkah laku

As salam
tulisan dan tingkah laku jelas nyata perkara berbeza
manusia menulis dirinya baik belum tentu berkelakuan baik

kalau manusia jujur dengan tulisan, aman dunia. senyum sampai telinga!
kalau manusia jujur dengan tulisan, tiada warna dunia

perlunye pro and kontra supaya manusia tidak terlalu selesa berada di atas dan tak perlu merendah sampai mencium lantai *kecuali bersujud ke hadrat Ilahi*

ada yang mengaku begitu begini tetapi tidak. itu hipokrit!
diam.

7.5.11

saya sayang universiti saya

As salam
selesai sudah peperangan mental IsuMoral. Jenuh tangan curah idea. Naseb baik tangan dan jari takde mulot. Kalau tak dah membebel. hehe


OK. sejak2 aku join uumKini ni macam2 aku dengar. tohmahan, kritikan, kutukan, nasihat, pandangan dan segala macam lah. erm. UUM sedang bergolak dengan emosi mahasiswa/i nya. wahh. Jangan ade ape2 masalah la ye. Aku Pencinta Keamanan lah !
Pagi tadi jam 530pagi cetus satu idea nak tulis sesuatu di doc. uumKini tu


6.5.11

hari ini kau datang riang

as salam
jumaat ini masih mahu menjengah dengan tenang
jumaat penghulu segala hari yang aku rasa bisa mendebarkan
saat ketika ini. keadaan bergolak ,
masih lagi mahu jumaat datang

bila Allah janjikan kiamat
usah dihitung beberapa kali lagi jumaat itu
kerna ia tetap menjadi rahsia Allah
usah kau ramal. kerana tanda-tanda itu sudah semakin jelas

bila jumaat ini masih menjelma
berzikir, berselawat, bertaubat
seakan-akan jumaat depan tidak lagi kelihatan

Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakhbar

Berselawat tanpa tunggu lidah kaku

jangan pernah lekang basah di bibir

5.5.11

sem enam sem genap

as salam
sem enam sudah ye. lagi dua sem je lagi. ha. jadi. masa nak memecut selaju F1 ye. bukan lagi mengensot macam suster.
sem enam sudah masuk 23tahun. maka jadinya aku kene lebih peka dengan keperluan sendiri berbanding memenuhi kehendak remeh sesiapa. Sudah muak dengan mereka2 yang semacam kulit popia. haha. apa maksud nya tu. biar lah aku sahaja yang mengerti.
sem enam jugak buat aku rasa siapa yang rakan sebenar.
sem enam aku kenal masak-masak semasaknya ye !
jadi, berhati-hati memilih rakan2. auwwwww

*sahabat itu seharusnya jujur*

4.5.11

wah. sudah lama aku mendiam

as salam
panjangnye tajuk entry kali ni. alolo. macam tajuk lagu si yus ML la pulak..
erm. bercerita tentang perkembangan. Aku semakin baik dan baik. sudah mula bersendiri. berdiam

Malas nak masuk campur tentang perasaan sesiapa. Akhirnya aku juga yang terpaksa tunduk dengan kesalah bukan atas bahu aku !

OK. serangkap sajak

Puitis hati terus ke hati
bila bergerak tingkah laku
masih kaku buat-buat tidak mengerti

Puitis jiwa terus ke mata
kalau dia membaca
dia mesti senyum buat-buat ngerti

sayasayangdiadancintadia