22.4.11

sukan perasaan

As'salam. hari ini sukan Pendidik. aku AJK aktiviti. Memang penat tak tertahan. Sabo je lah. Muka semakin gelap berbelang. Persekitaran agak muram pada awalnya, semakin hangat bila waktu beranjak !
Memang best.

sedikit luahan:
aku melihat dia di situ. DIAM
tidak mahu berganjak dari lokasi
bukan mahu cemburu tetapi perasaan itu sama di ulang-ulang
soalan dan persoalan
'kenapa mahu berjanji jika sering melukakan'
sudah beringat dan mengingat
berkali-kali kata
usah disimpan rasa bukan rasa cinta tetapi dasar mahu sebuah PUJIAN !

mata berair, hati menangis
masih mampu tersenyum walau mata berkaca :,(

ikhlas,
TM | april, 2011

21.4.11

S E P I . semalam masih bersahut

semalam masih sepi
sudah lama aku sepi dari menjenguk
sudah kemarau idea mahu diluah
sudah gemuruh jiwa tiap kali mahu menaip
seakan tidak kena gabungan kata-kata

biar aku sepi seketika
mahu mengait kata agar terhampar satu makna yang simbolik !

sepi. semalam masih bersahut
seakan mahu tangisi penglihatan kaku

8.4.11

sedang meringkuk

Meringkuk aku di atas awangan
Aku diam . fikir . tenung
Tindakan tiada

Tidak mahu jatuh menjunam !
Oh Ya Allah.........

7.4.11

cukup ! Marah ni

Marah tu masih bersisa
Sedikit demi sedikit hilang
tapi tidak mahu berulang
jadi mengubah menjadi seorang
yang sangat pentingkan diri sendiri
membuat alasan supaya tiada yang berkecil hati
Marah bukan untuk mengeji
tapi untuk pengajaran
cuma dengan harapan ia paham.
maksud alasan untuk mengelak

binatang pun ada rasa marah. Tapi COMEL !




Sumber imej : Google  :)

6.4.11

Semalam itu nokhtah bagi sebuah peristiwa

semalam itu hari semalam
yang perlu jika perit
tidak mahu diulang
yang perlu jika indah
mahu mengulang berkali
tapi perkara yang semalam
bukan sebulat-bulat mahu jadi hari ini
bukan mahu serupa seiras kejadian
sama tetapi tidak serupa
umpama kembar seiras namun masih bisa di bezakan

semalam juga adalah noktah kepada peristiwa
yang aku rasa tidak mampu aku mahu ulang lagi
jika keperitan itu yang aku rasa

semalam jika seperti hari ini.
masih senyum indah
masih puas
mahu lagi esok hari
puas seperti hari ini

semalam aku habiskan dengan noktah
dengan harapan mahu menggapai impian hari ini

pengajaran :
mahu menjadi seekor helang daripada mahu menjadi badak sumbu bergelumang lumpur | dr.halim mohamed. 2011 |