17.3.11

Sebelum Selepas

Sebelum ianya berlaku
tak pernah sedar
pejam sebelah mata

Selepas ianya berlaku
baru tersadung kepala
sedar dari mula hingga akhir
sudah celik kedua-dua mata

Sebelum sedar ianya ada
selalu endah abai
soal terguris biar kekal

selepas sedar ianya tiada
baru kosong jiwa
baru rasa kurang
baru mahu air mata

: bila perubahan tidak mampu ubah diri anda, ubah lah perubahan itu:

No comments:

Post a Comment