31.3.11

Taubat


Ya Allah, lapangkan hati ku ini.
Ya Allah, terima la taubatku.
Ya Allah, aku mahu berada di jalan lurus mu.
Ya Allah, sentiasa Kau berada di sisiku
Ya Allah, sungguh aku mahu berubah
Ya Allah, tetapkan Imanku. Tingkatkan Imaku
Ya Allah, aku malu memijak kaki di bumi ini
Ya Allah, aku malu mahu menghirup nikmatmu
Ya Allah, aku malu mahu memaling
Ya Allah, aku tidak layak mahu menjengah keSyurgaMu
Ya Allah, aku sungguh tidak mahu jejak ke NerakaMu
Ya Allah, satu ku mohon padaMu
Ya Allah, Kau panjangkan usiaku agar aku mampu bertaubat. Agar aku mampu mengubah hidupku
Ya Allah, Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Aku mahu lakukannya. Doakan. Amin 

28.3.11

aku mahu pulang

As salam
Sedang mengemas mahu pulang. Last balik raya cina. Makna nya dah sebulan lebih memerah otak di Bumi Sintok ni. dah bermacam-macam situasi aku harungi. Alhamdullilah semua berjalan lancar dan dipermudahkan.
Seminggu bukan satu tempoh yang lama. Singkat sangat nak mencurah rindu kepada keluarga tersayang. ♥

Sungguhpun begitu, aku masih pasti akak merindui kawan-kawan (eh, aku balik kejap je lah !)
Rabu dan khamis. Kelas yang sungguh aktif.
Tapi makin lama aku duduk di sini makin tekanan. Kebanyakkan situasi aku sentiasa berada di tengah-tengah. Jarang sekali aku berada di pihak benar mahupun pihak salah. Tengah itu lebih tekanan. Sebab ada dua pilihan !

Pilihan dalam hidup kekadang silap. Kekadang betul. Cuma masih lemah untuk menilai sejauh mana kebetulan pilihan itu.

Mengambil keputusan untuk menggapai cinta Ilahi sebelum aku jatuh pada cinta insani.
Kerana aku sedar cinta Ilahi membawa aku kepada pilihan yang tepat. Cinta Ilahi juga yang membantu aku di akhirat.
Cinta Ilahi mampu memimpin aku ke jalan yang lurus. Cinta Ilahi juga mampu membawa aku kepada pencinta Ilahi.

Nauzubiilah. Betapa besar dosaku padaMu. Betapa jauh aku tersasar dari jalanMu....

Semoga Allah masih kuatkan Iman aku untuk membuat keputusan.
Kemurkaan Allah aku mengambil kira sebelum aku mengambil kemurkaan hambaNya
Kedukaan Allah aku mengambil kira sebelum aku mengambil kedukaan hambaNya

Semoga Allah tetapkan pendirian ku. Semoga Allah masih menerima taubatku. Semoga Allah masih kasih pada aku. Semoga Allah masih sudi berada di sisi aku. Semoga Allah masih mahu mendengar setiap hela kecewa ku

Aku yakin Allah kasih pada ku kerana Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengasih

.

Amin

Allah Yang Esa

-Semoga mereka mengucap Alhamdullilah melihat setiap perubahan yang baik-

26.3.11

perlu mencoret sesuatu

pagi yang bening. Aku bangun untuk lunaskan tanggugjawab kepada Ilahi. Namun hati sayu saat itu semakin hampir. Yup ! Semakin hampir untuk pulang ke rumah. Kesabaran itu menguji. Satu ujian tahap keImanan.
Pagi itu juga lunaskan tanggugjawab sebagai seorang mahasisiwi. Siapkan tugasan kumpulan yang aku boleh bagi sepuluh jari tanda BAGUS. hehe. Komitmen. Tanpa rungutan. Walaupun pelbagai badai melanda kami. :)

9.44 pagi sehingga 1.15 petang. Sungguh menguji. Lokasi dekat je dengan kolej. tetapi Kuasa Tuhan menambah lagi tahap kesabaran kami setelah hujan rahmat diturunkan. Redha itu ketenangan bagi aku.

Pulang sahaja , bersihkan diri. Jangan bertangguh. Satu lagi sikap yang aku sedang ubah perlahan-lahan. Meskipun keletihan sukar digambarkan. Namun tiada apa yang mampu aku ucapkan saat air itu singgah ke tubuh. Kesegaran yang maksimum ! Sungguh !

Masa untuk makan dan rehat.........

Ketika itu aku membayangkan. Lalu membawa kepada mimpi sebagai teman tidur ku.
Sungguh tiada niat mahu begitu sebab ia tak kan berlaku !

Kebenaran kekadang menyakitkan namun kebenaran harus dikongsi sebagai satu kegembiraan.

bayi tidur . apa dalam fikiran mereka?

25.3.11

otak padat tangan menggeletar

otak padat dengan kata-kata
tangan menggeletar nak taip kata-kata

tapi ayat tak tersusun

:simpan dulu:

24.3.11

bosan itu suku dalam hidup

apa nak buat pagi ni
separuh 30% DONE
separuh itu 50% DONE

tapi masih bosan .

23.3.11

epilog 1 : Minggu orientasi

Menyimpan seribu kenangan tatkala mengetahui diri genit ini masih ada tempat untuk jejak kaki ke menara gading. ayat biar poyo kekadang .

29jun2008.

tiga hari selepas meningkat usia ke-20 tahun. Masih ingat lagi waktu itu. Pagi itu. Kaki secara rasmi jejak ke Lembah Sintok ini. (mesti la kaki jejak, tak kan kepala jejak plak. Aiyooo. Budaya apekah itu )

Berkurung merah jambu terang pekat. Ber-enam sahaja.
Sayu. Sadih. Serius gembira. 1001 perasaan.

Sampai sahaja awal pagi. taknak bersesak katanya.
Perut buat-buat tanda mahu diisi. tapi tak lalu makan.
ramai sangat ketika itu.
Macam-macam ragam.
Macam-macam bahasa.
Macam-macam fesyen.

Macam ni ke mula-mula. Blur ! Tapi aku masih ingat lagi ketika itu . Aku tak seperti yang lain. Aku datang kosong tanpa ada apa-apa barang tambahan.
Haloooo ! Waktu tu pakai kain cadar takde getah. Saiz queen punye. Katil single ! giler berangan. hehe.
Tapi waktu tu aku akan ingat sampai bila-bila2.

Seminggu orientasi pelbagai.............kawan baru. cerita baru.

ber-LIMA. aku.ila.mini.ein.anis. MALL. ♥ korunk kalau tak ingat tak tahu lah. hehe.

rumate pertama ap2 210 YAB. terengganu mari maaaa !

orang @ kawan pertama di uum ni. mekpah ! kelate mari

sumber gambar : Local C > folder imej > sahabat

bayi itu anugerah Ilahi

as'salam.
kelam kabut nak siap kan kerja
masih mahu melihat kebesaran anugerah Ilahi.
Subhanallah. :)

Besar sungguh anugerah yang diberikan. Melihat dari pelbagai sudut
atas bawah kiri kanan depan belakang
semua nya anugerah

Jadi, untuk apa mahu hidup dalam kekecewaan dan kekalutan.
rileks . tarik nafas. diam. hembus perlahan.
Nafas itu juga anugerah. See. tak leh lari dari anugerahNya.

Jangan lupa solat. Berzikir.
Subhanaallah, Alhamdullilah, Allahuakhbar

Ringkas tapi padat. Percayalah keajaiban Ilahi

bayi anugerah Ilahi. 'buku' untuk ibubapa tulis segala ILMU kehidupan

22.3.11

bangkit pagi bukan untuk kecewa

................

selasa, waktu rehat bagi seorang pelajar seperti aku ini.
Waktu berdating pun sekejap je. Nak kene siapkan kerja yang bermacam-macam

Buat sendiri lebih baik dari plagiat. hehe. ntah betul ntah tidak ejaan itu.

Yang pasti aku bangun pagi dengan azam bukan untuk kecewa. tetapi mencipta bahagia sendiri. Biarlah mereka nak cakap ape sekalipun !

................

21.3.11

kagum dengan perli yang membina

membaca.
Setepek dua tepek tiga tepek
rasa melekat tepat kat batang hidung yang tak mancung
................
terima kasih kepada anda
berjaya
perli dengan membina
................
bukan mahu begitu. tetapi jadi begini.
tali ikat kuat mudah putus sebab gunting tajam!
tajam lagi kata dusta.


20.3.11

perlu untuk rasa begitu

nak tulis ke tak nak.
perlu tulis atau tidak.
simpan atau luahkan
diam atau sebar
jalan atau berhenti

senyum atau kecewa !

18.3.11

aku suka kau

aku suka kau
aku suka cara kau
aku suka cakap kau
aku suka gaya kau
aku suka perasaan kau
aku suka kau !


LoVe y0u

ceritera gadis genit

bukan kerana sifat
mahu duduk diam
bangun capai setinggi yang mampu
tulang cukup untuk tahan
kulit cukup untuk simpan

cetusan terus dari dalam
 ha. jenuh nak tafsir

tapi 2 patah boleh cerita semua !

gadis .dan mulut

gadis dan mulut
mulut di muka gadis
mulut cantik mungil

gadis dah mulut
kawal setiap patah yang keluar
kawal setiap hati yang dengar

gadis dan mulut
jangan sampai kau hilang kawan
jangan sampai kau hilang kawan
jangan sampai kau hilang kawan !

3x aku ulang
jika kau masih seperti itu !
ingat.
kawan lari kau sunyi.

17.3.11

satu pasukan

as'salam

kakteh dengar pelbagai permasalahan.
kerja kumpulan !

Oh !damn.  kakteh memang x suke kerja kumpulan
tapi
kakteh mahu memberi yang terbaik untuk kumpulan kakteh

satu perkara kakteh pegang.
untuk kekal harmoni satu kumpulan

...
Bekerja dengan kelebihan masing-masing.
Hormat dengan kelemahan masing-masing.
...
 
 
 
 
 

Sebelum Selepas

Sebelum ianya berlaku
tak pernah sedar
pejam sebelah mata

Selepas ianya berlaku
baru tersadung kepala
sedar dari mula hingga akhir
sudah celik kedua-dua mata

Sebelum sedar ianya ada
selalu endah abai
soal terguris biar kekal

selepas sedar ianya tiada
baru kosong jiwa
baru rasa kurang
baru mahu air mata

: bila perubahan tidak mampu ubah diri anda, ubah lah perubahan itu:

16.3.11

eh ! Gadis

Gadis.
Chantek.
Mulot kasi bersih sikit boleh tak !

OK. kakteh malas nak maki kau.
ha. kan dah kuar bahasa 'puisi'

Dah lah begitu
mahu begini pulak !

Ringkas






Pagi kecewa di ubati dengan GEMBIRA berganda-ganda










15.3.11

Go. Go. Go. Goyang Golek-Golek

End of this Month :

Mahu pastikan segala kesulitan
mahu sulit sesulit-SESULITnya
mahu ia berakhir pada akhir bulan

Berfikir dengan tekad aku mahu habiskan bulan ini
dengan satu perubahan
yang aku kira-kira sebelum ini belum aku gerak

pergerakan selalu bantut
kerna aku sendiri yang mahu

Jadi , ayat sudah berbelit
mahu putuskan
mahu impikan
mahu jadikan
Kesenangan yang berpanjangan
Bila APRIL menjelma................

Go. Go. Go. Goyang buntut kakteh  :)

p/s : Ingat kesenangan, ingat KFC ! Kalau tak, i will kill myself ! Hamek kau diknon
Tok Wan, pekabo? sehat? hehe


bunuh JARI takpe. tak sakit sangat. Macam nak check darah !

Tidak Mahu Menipu

Dulu,
masa mula-mula
aku mampu perkatakan aku mampu beli
aku mampu bela kata-kata bahawa aku pinjam
aku bangga
mereka percaya

Sekarang
ada masih yang percaya
masih ada yang sungguh mahu melihat kewujudan
sebab sering kali aku menonjolkan

Kini
aku rasa macam muak mahu tipu
aku tipu-tipu mereka lagi
Eh-eh
via Blackberry kat Fesbuk tu kakteh guna application la dik non !
warachoi sangat percaya.
hehehe
bila nak bangga, click pada via BlackBerry . OK


Aik. Hilang sudah identiti puisi ku !
Ya Allah

He-PO-konKRIT

Bila perlu aku melakonkan sesuatu watak
aku mahu watak yang menyintai dan di cintai
aku mahu watak yang cinta dalam khyalan

Takpe, hipokrit
Senyum untuk sesiapa
tapi tuju pada dia
Cakap basi-basi
tapi tuju pada dia
Gurau manja-manja
Mahu tuju pada dia

Konklusinya, dia
tak tuju pada aku.
biasa je lagak !
Berlagak mcm takde perasaan
Macam tak perasan !

hehe. Takpe.
Cuma nak cakap,
Cuma nak pesan
Jauh itu dekat

:)

14.3.11

Impian Seseorang kepada Seseorang

Tengok tapi tersekat
Cakap tapi berlapik
Pegang tapi bukan Empunya
Rasa dengan deria songsang
Jalan tapi di belakang
Duduk tapi di depan
Ketawa untuk gembira

Tafsir lain dari terjemahan
Lari sudah simbol-simbol maksud
Sudah sonsang
Lebih baik dekat tapi sekat  :)

Hari-hari begini

As'salam
Hari ini hari Isnin
Kedah hari ke-2 bekerja. Jadi sifat bermalas-malasan itu pudar sedikit.

Hari ini hari Isnin
Hari yang aku rasa tenang sebab tak masuk FTM
hari yang aku rasa nervous sebab..................

Hari ini hari Isnin
Hari yang dia ada aku ada. ITU sahaja

:)

13.3.11

Untuk kali ke berapa ni

As salam
Sarapan pagi
sekat celah gigi
Ini blog yang entah ke berapa kali
Aku create sebab dulu tak puas hati
Ada je cacat  atas bawah sana sini
Ada je aku rasa macam nak tulis akal mati
Mungkin aku takde mase nak update berita terkini
Juga tiada gambar seksi gambar tekini mahu di-Publisiti

Tapi.

Aku percaya dengan kemampuan diri
Dengan rezeki dari Ilahi
Cuba kekal dengan ini
Kekal dengan ayat berbasi-basi.....

OK . Chill