21.5.18

Cerita Emosi

Emosi
Kekadang menggangu perjalanan harianku
Kerana seorang menjentik
Habis semua menjadi mangsaku
Baranku tak mampu ku bendung

Emosi
Terus menggangu perjalanan harianku
Sungguh aku rindu dengan kisah lalu
Sungguh aku rindu susuk susuk anak yang lalu
Sedikit sebanyak aku jadi penghukum

Emosi
Masih menggangu perjalanan harianku
Aku plan A, terus tukar menjadi celaru
Aku plan B, terus kaku ianya disitu
Sebab tu aku emosi

.....................................

20.3.18

[PH] #TripTrio ke Tioman - Part 1

Untuk tahun ketiga ni, kami bertiga plan #triptrio ke Pulau Tioman plak.
Asalnya tiga-tiga nak terbang ke Mabul, tapi sebab semua takde pengalaman ke pulau (kecuali arisa laaaaa) so, kami decide ke Tioman untuk ambil pengalaman dulu...ceh...kiranya ni macam pre-Mabul la! Hahahaha...boleh ke macam tu?

Tak kisah la kan.... yang penting kami bertiga ada aim kami sendiri....

So, hujung bulan Januari, kami dah buat review beberapa tempat dan Sun Beach Resort yang menjadi pilihan....(boleh refer kat web rasmi untuk tempahan)

Kenapa Sun Beach Resort  (SBR) ?

1. Resort yang paling hampir dengan jetty

2. Harga bilik dan tawaran pakej yang menarik dan berpatutan (Kami pilih Blue Ocean View...Kenapa kami memilih Blue Ocean Suite (biarlah rahsia......................hehe)

3. Kawasan yg sesuai untuk aktiviti bebas

4. Bajet bajet bajet

Bila dah buat perbincangan dengan laki n bff....so dorang pun setuju dengan harga, terus la aku buat bayaran deposit....kalau ikut kan SOP SBR, kita kena byr 30% daripada full payment.

Malas nak citer banyak, boleh tengok invois sendiri hehe...



Okay....(tarik nafas......fuhhhhh)



*okay....sambung ke Part 2 plak ye................


10.3.18

.

Lamanya aku menulis.
Lama ke?
Kalau lama mesti dah berhabuk kan.

........................................

Aku tak pasti,
kenapa dua tiga menjak ni
emosi makin tak stabil
ada je yang tak kena

ke kanan salah
ke kiri salah
ke depan salah
ke belakang lagi la salah.

Ntah!

Buruk sangat perangai macam ni......tapi tu la
nak buat macam mana

nak dipupuk emosi ni supaya telan semua perkara?
gigih plakkkkkk

7.2.18

[JB] Kerja Yang Berterusannnnnnnnnnn.......

Ya Allah,
berikan aku kekuata untuk menghadapi segala dugaan dan rintangan 


Alhamdulillah. Allah murahkan rezeki